Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PENDEDAHAN BISING) 2019

Seksyen 2

Dalam Peraturan-Peraturan ini—

“anjakan ambang standard” ertinya anjakan purata 10dB atau lebih pada frekuensi 2000, 3000 dan 4000 Hz berbanding dengan audiogram garis pangkal;

“audiogram yang abnormal” ertinya audiogram yang menunjukkan kehilangan pendengaran, kecacatan pendengaran atau anjakan ambang standard kekal;

“bising berlebihan” ertinya paras pendedahan bising harian melebihi 82dB(A), dos bising diri harian melebihi lima puluh peratus, paras tekanan bunyi maksimum melebihi 115dB(A) pada bila-bila masa, atau paras tekanan bunyi puncak 140dB(C);

“dB(A)” ertinya pemberat-A desibel iaitu unit pengukuran paras tekanan bunyi yang dibetulkan pada skala frekuensi pemberat-A melalui rangkaian elektrik yang mempunyai ciri-ciri yang ditentukan oleh Suruhanjaya Elektroteknik Antarabangsa dengan menggunakan rujukan paras tekanan bunyi 20 mikropaskal;

P.U. (A) 60 3

“dB(C)” ertinya pemberat-C desibel iaitu unit pengukuran paras tekanan bunyi yang dibetulkan pada skala frekuensi pemberat-C melalui rangkaian elektrik yang mempunyai ciri-ciri yang ditentukan oleh Suruhanjaya Elektroteknik Antarabangsa dengan menggunakan rujukan paras tekanan bunyi 20 mikropaskal;

“dos bising diri harian” ertinya pendedahan bising kumulatif bagi seorang pekerja yang dibetulkan bagi hari kerja biasa selama lapan jam;

“kecacatan pendengaran” ertinya purata aritmetik paras ambang pendengaran kekal bagi seorang pekerja pada 500, 1000, 2000 dan 3000 Hz yang teranjak sebanyak 25dB atau lebih berbanding dengan paras rujukan audiometrik standard;

“kehilangan pendengaran disebabkan bising” ertinya kehilangan pendengaran akibat daripada pendedahan kepada bising;

“paras pendedahan bising harian” ertinya paras tekanan bunyi berterusan setara yang dibetulkan bagi hari kerja biasa selama lapan jam;

“paras tekanan bunyi puncak” ertinya paras tekanan bunyi seketika pemberat-C tertinggi bagi apa-apa hentakan;

“paras tekanan bunyi”

ertinya paras, dalam desibel, dikira sebagai dua puluh kali logaritma biasa bagi nisbah tekanan bunyi dengan tekanan bunyi rujukan 20 mikropaskal;

“pendedahan bising” ertinya amaun tekanan bunyi yang terdedah pada telinga seseorang yang tidak dilindungi;

“pelindung pendengaran diri” ertinya peranti yang dipakai oleh seseorang untuk mencegah kesan pendengaran yang tidak dikehendaki daripada acoustic stimuli;

P.U. (A) 60 4

“Suruhanjaya Elektroteknik Antarabangsa” ertinya Suruhanjaya Elektroteknik

Antarabangsa yang menyediakan dan menyiarkan Standard Antarabangsa bagi semua elektrik, elektronik dan teknologi yang berkaitan.

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PENDEDAHAN BISING) 2019