Malaysia legislation

Section 6

of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PENDEDAHAN BISING) 2019

Seksyen 6

(1)

Tiap-tiap majikan hendaklah memastikan bahawa tiada pekerjanya terdedah kepada—

(a)

paras pendedahan bising harian melebihi 85dB(A) atau dos bising diri harian melebihi seratus peratus;

(b)

paras tekanan bunyi maksimum melebihi 115dB(A) pada bila-bila masa; atau

(c)

paras tekanan bunyi puncak melebihi 140dB(C).

(2)

Jika majikan mendapati bahawa mana-mana pekerjanya terdedah kepada bising berlebihan melebihi had yang dinyatakan dalam subperaturan (1) berdasarkan laporan yang disebut dalam subperaturan 4(4), majikan hendaklah mengambil apa-apa langkah untuk mengurangkan bising berlebihan itu.

(3)

Majikan hendaklah, sebelum mengambil langkah-langkah di bawah subperaturan (2), membuat penilaian sama ada adalah praktik untuk mengurangkan bising berlebihan itu dengan cara kawalan kejuruteraan atau kawalan pentadbiran.

(4)

Jika setelah penilaian yang dibuat di bawah subperaturan (3) itu selesai majikan mendapati bahawa—

(a)

adalah praktik untuk mengurangkan bising berlebihan itu dengan kawalan kejuruteraan, majikan itu hendaklah mengurangkan bising berlebihan itu dengan kawalan kejuruteraan itu;

(b)

adalah tidak praktik untuk mengurangkan bising berlebihan itu dengan kawalan kejuruteraan semata-mata, majikan itu hendaklah mengurangkan bising berlebihan itu dengan kawalan kejuruteraan bersama dengan kawalan pentadbiran;

P.U. (A) 60 8

(c)

adalah tidak praktik untuk mengurangkan bising berlebihan itu dengan kawalan kejuruteraan bersama dengan kawalan pentadbiran, majikan itu hendaklah mengurangkan bising berlebihan itu dengan kawalan pentadbiran semata-mata; dan

(d)

adalah tidak praktik untuk mengurangkan bising berlebihan itu dengan kawalan pentadbiran, majikan itu hendaklah mengambil langkah-langkah lain yang berkesan, yang hendaklah termasuk pelindung pendengaran diri, untuk mengurangkan bising berlebihan itu.

(5)

Majikan hendaklah membuat laporan mengenai penilaian itu, dan hendaklah, apabila diminta secara bertulis oleh Ketua Pengarah, memberikan Ketua Pengarah sesalinan laporan itu dalam masa tiga puluh hari selepas permintaan itu diterima.

(6)

Jika majikan mengurangkan bising berlebihan itu dengan kawalan kejuruteraan yang dinyatakan dalam perenggan (4)(a) dan (b), majikan hendaklah memastikan bahawa kawalan kejuruteraan itu disenggara dalam keadaan efisien dan boleh digunakan.

(7)

Mana-mana majikan yang melanggar subperaturan (1), (2), (3), (4), (5) atau

(6)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Pelindung pendengaran diri

Section 6 — PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PENDEDAHAN BISING) 2019