Malaysia legislation
Section 8
of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PENDEDAHAN BISING) 2019
Seksyen 8
(1)
Majikan hendaklah memastikan bahawa mana-mana kawasan di tempat kerja di mana seseorang terdedah kepada bising berlebihan melebihi had yang dinyatakan dalam perenggan 6(1)(a), (b) atau (c)—
(a)
ditandakan dengan perkataan “ZON PERLINDUNGAN PENDENGARAN”
atau dengan apa-apa cara yang lain sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah; dan
(b)
setakat yang boleh dilaksanakan, ditandakan dan dikenal pasti dengan tanda amaran yang sesuai.
(2)
Majikan hendaklah—
(a)
menyediakan pelindung pendengaran diri di mana-mana zon perlindungan pendengaran; dan
P.U. (A) 60 10
(b)
memastikan bahawa mana-mana pekerja atau orang lain menggunakan pelindung pendengaran diri yang disediakan di bawah perenggan (a)
semasa berada di zon perlindungan pendengaran.
(3)
Mana-mana majikan yang melanggar subperaturan
(1)
atau
(2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Ujian audiometrik