Malaysia legislation

Section 11

of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (SKIM PEMERIKSAAN KHAS) 2025

Seksyen 11

Seseorang penghuni dengan kelulusan bagi skim pemeriksaan khas kelas B hendaklah—

(a)

memastikan tiada kematian, kecederaan badan yang serius, keracunan, penyakit atau kejadian berbahaya yang berlaku akibat daripada pemasangan atau penggunaan loji yang menghendaki perakuan kelayakan;

(b)

memastikan data berasaskan risiko dikumpul oleh pasukan berasaskan risiko pada lat tempoh tidak melebihi dua belas bulan selepas setiap pengumpulan data;

16

(c)

menyimpan dan menyenggarakan data berasaskan risiko yang dikemukakan oleh pasukan berasaskan risiko;

(d)

menentukan baki hayat, kategori risiko, lat tempoh pemeriksaan dan pelan pemeriksaan bagi dandang stim dan bejana tekanan berdasarkan pengiraan dan pentaksiran data berasaskan risiko;

(e)

menyenggarakan dan memakai metodologi bagi pengiraan dan pentaksiran data berasaskan risiko di bawah subperenggan 5(e)(i);

(f)

memberitahu Ketua Pengarah secara bertulis mengenai apa-apa perubahan ketua pasukan berasaskan risiko dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh perubahan itu;

(g)

memastikan pemeriksaan verifikasi dilaksanakan;

(h)

menyenggarakan sistem pengurusan loji yang disebut dalam perenggan 5(a);

(i)

menjalankan penganalisisan berasaskan risiko; dan

(j)

memastikan bahawa tiap-tiap anggota pasukan berasaskan risiko sentiasa kompeten.

Section 11 — PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (SKIM PEMERIKSAAN KHAS) 2025