Skip to content

Seksyen 3

of Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Skim Pemeriksaan Khas) 2025

P.U. (A)In forceProvision 3 of 7

Seksyen 3

Mana-mana penghuni boleh memohon kepada Ketua Pengarah untuk kelulusan bagi skim pemeriksaan khas—

(a)

bagi dandang stim dan bejana tekanan yang hendaklah dikenali sebagai skim pemeriksaan khas kelas A; atau

(b)

bagi semua loji yang menghendaki perakuan kelayakan yang hendaklah dikenali sebagai skim pemeriksaan khas kelas B, sekurang-kurangnya enam bulan sebelum habis tempoh perakuan kelayakan loji yang menghendaki perakuan kelayakannya bersama-sama dengan pembayaran fi sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.