Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (SKIM PEMERIKSAAN KHAS) 2025

Seksyen 4

Mana-mana penghuni yang memohon untuk kelulusan bagi skim pemeriksaan khas kelas A hendaklah memenuhi kehendak berkenaan dengan dandang stim dan bejana tekanan seperti yang berikut:

7

(a)

penghuni hendaklah menubuhkan, melaksanakan dan menyenggarakan suatu sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan sebagaimana yang dipersetujui oleh Ketua Pengarah;

(b)

penghuni hendaklah menyenaraikan satu atau lebih dandang stim dan bejana tekanan di suatu tempat kerja dan memastikan bahawa dandang stim dan bejana tekanan itu adalah dalam keadaan kerja yang memuaskan dan selamat untuk digunakan;

(c)

penghuni hendaklah memastikan setiap dandang stim dan bejana tekanan itu mempunyai perakuan kelayakan yang sah;

(d)

penghuni hendaklah mengemukakan kepada Ketua Pengarah—

(i)

data berasaskan risiko bagi dandang stim dan bejana tekanan yang dikira dan ditaksir mengikut metodologi sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah; dan

(ii)

maklumat ketebalan dandang stim dan bejana tekanan yang dikumpulkan mengikut mana-mana kaedah yang berikut:

pemeriksaan di bawah seksyen 27D Akta dan dua kali pemeriksaan berkala dandang stim dan bejana tekanan;

tiga kali pemeriksaan berkala dandang stim dan bejana tekanan;

pengukuran ketebalan dandang stim dan bejana tekanan hendaklah dilakukan tidak kurang daripada tiga kali semasa dandang stim dan bejana tekanan itu sedang beroperasi pada lat tempoh tidak kurang daripada dua belas bulan selepas setiap pengukuran; atau 8

pengukuran ketebalan dandang stim dan bejana tekanan hendaklah dilakukan tidak kurang daripada tiga kali semasa dandang stim dan bejana tekanan itu tidak beroperasi pada lat tempoh tidak kurang daripada dua belas bulan selepas setiap pengukuran;

(e)

pengukuran ketebalan dandang stim dan bejana tekanan di bawah subperenggan (d)(ii) hendaklah dilakukan mengikut kaedah yang diluluskan oleh Ketua Pengarah melainkan jika pengukuran itu dilakukan dengan menggunakan kaedah yang diterima secara amnya;

(f)

penghuni hendaklah mengemukakan kepada Ketua Pengarah maklumat mengenai baki hayat, kategori risiko, lat tempoh pemeriksaan dan pelan pemeriksaan bagi dandang stim dan bejana tekanan yang diperoleh melalui pengiraan dan pentaksiran data dan maklumat yang dikumpul mengikut perenggan (d);

(g)

penghuni hendaklah mempunyai satu atau lebih pasukan berasaskan risiko sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah yang terdiri daripada sekurang-kurangnya lima orang anggota seperti yang berikut:

(i)

seorang orang berkelayakan yang mempunyai ijazah kejuruteraan sebagai ketua pasukan untuk melaksanakan semua tugasan yang berhubungan dengan pemeriksaan integriti dandang stim dan bejana tekanan;

(ii)

seorang orang berkelayakan dengan pengetahuan dan kepakaran dalam kejuruteraan kakisan;

(iii)

seorang orang berkelayakan daripada bahagian proses atau bahagian pengeluaran;

9

(iv)

seorang orang berkelayakan daripada bahagian pemeriksaan atau bahagian kejuruteraan; dan

(v)

seorang pegawai keselamatan dan kesihatan yang berdaftar di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan

(Pegawai

Keselamatan dan

Kesihatan)

1997

[P.U. (A) 315/1997] atau orang yang bertanggungjawab bagi keselamatan dan kesihatan pekerjaan jika tempat kerja itu tidak menghendaki seorang pegawai keselamatan dan kesihatan yang berdaftar itu; dan

(h)

penghuni hendaklah mengemukakan dokumen sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.

Kehendak bagi skim pemeriksaan khas kelas B

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (SKIM PEMERIKSAAN KHAS) 2025