Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI (PENILAI PERUBATAN) 2018

Seksyen 5

(1)

Bagi maksud menentukan apa-apa persoalan mengenai hilang upaya kekal di bawah seksyen 39 atau penyakit pekerjaan di bawah seksyen 40 Akta, penilai perubatan hendaklah memeriksa orang berinsurans bekerja sendiri dan mempertimbangkan dokumen yang berikut:

(a)

borang tuntutan bagi faedah;

(b)

laporan yang disediakan oleh pengamal perubatan berdaftar atau pengamal pergigian berdaftar yang merawat orang berinsurans bekerja sendiri itu, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(c)

laporan penyiasatan klinikal yang disediakan oleh pengamal perubatan berdaftar atau pengamal pergigian berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(d)

laporan mengenai tuntutan bagi faedah yang terdahulu yang dibuat oleh orang berinsurans bekerja sendiri itu di bawah Akta;

(e)

laporan mengenai apa-apa kemudahan pemulihan yang diberikan kepada orang berinsurans bekerja sendiri itu jika orang berinsurans bekerja sendiri itu telah menjalani apa-apa penilaian pemulihan;

P.U. (A) 327 7

(f)

berhubung dengan penentuan persoalan mengenai penyakit pekerjaan, laporan yang berhubungan dengan sifat pekerjaan, tempat bekerja, bahaya, pendedahan dan risiko pekerjaan itu, dan apa-apa maklumat lain yang berkaitan yang disediakan oleh

Pertubuhan; atau

(g)

dokumen lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.

(2)

Penilai perubatan hendaklah hanya memeriksa orang berinsurans bekerja sendiri yang telah menjalani rawatan perubatan yang dijalankan oleh pengamal perubatan berdaftar atau pengamal pergigian berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Selepas mempertimbangkan keterangan di bawah subperaturan (1), penilai perubatan hendaklah membuat penentuan mengenai persoalan yang disebut dalam subperaturan (1) dan boleh menghendaki keterangan lanjut jika perlu.

(4)

Dalam penentuan yang dibuat di bawah subperaturan (3), penilai perubatan boleh mengesyorkan kepada Pertubuhan supaya orang berinsurans bekerja sendiri disediakan kemudahan pemulihan jasmani dan vokasional.

Keputusan Pertubuhan

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI (PENILAI PERUBATAN) 2018