Seksyen 7
Rayuan terhadap penentuan penilai perubatan
of Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Penilai Perubatan) 2018
(1)
Rayuan kepada Jemaah Doktor Rayuan di bawah subseksyen 41(2) Akta hendaklah dibuat—
(a)
dalam hal Pertubuhan, dalam tempoh tiga puluh hari selepas menerima laporan pemeriksaan dan penentuan di bawah subseksyen 39(2) atau 40(2) Akta; atau
(b)
dalam hal orang berinsurans bekerja sendiri, dalam tempoh tiga puluh hari selepas menerima keputusan di bawah perenggan 6(b).
(2)
Walau apa pun subperaturan (1), Jemaah Doktor Rayuan boleh membenarkan rayuan yang dibuat selepas habis tempoh tiga puluh hari itu jika Jemaah
Doktor Rayuan berpuas hati dengan alasan bagi kelewatan itu.
(3)
Jika Jemaah Doktor Rayuan memutuskan untuk menolak rayuan orang berinsurans bekerja sendiri atau Pertubuhan itu, Jemaah Doktor Rayuan hendaklah menyatakan alasan bagi penolakan itu.