Malaysia legislation
Section 8
of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI (PENILAI PERUBATAN) 2018
Seksyen 8
(1)
Pertubuhan hendaklah menentukan tempat dan masa bagi pemeriksaan orang berinsurans bekerja sendiri di bawah peraturan 5 dan penilai perubatan hendaklah memeriksa orang berinsurans bekerja sendiri itu di tempat dan pada masa sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.
(2)
Dalam menentukan tempat dan masa di bawah subperaturan (1),
Pertubuhan hendaklah mengambil kira tempat di mana orang berinsurans bekerja sendiri itu tinggal pada masa pemeriksaan itu akan dijalankan dan keadaan kesihatannya.
(3)
Pertubuhan hendaklah memaklumkan tempat dan masa pemeriksaan kepada orang berinsurans bekerja sendiri itu sekurang-kurangnya tiga hari bekerja sebelum tarikh pemeriksaan.
P.U. (A) 327 9
Pemindahan penentuan yang belum selesai