Skip to content

Seksyen 3

Permohonan kepada Tribunal

of Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Tribunal Keselamatan Sosial) 2018

P.U. (A)In forceProvision 3 of 18
Seksyen 3

(1)

Apa-apa persoalan, pertikaian, tuntutan atau rayuan yang berhubungan dengan perkara yang dinyatakan dalam subseksyen 59(1) Akta hendaklah dibuat melalui suatu permohonan dalam Borang T1 Jadual dan hendaklah disertakan dengan fi sebanyak dua ringgit.

(2)

Permohonan di bawah subperaturan (1) hendaklah difailkan dalam lima salinan di pejabat Pengerusi Tribunal yang ditubuhkan bagi kawasan yang orang berinsurans bekerja sendiri itu bekerja pada masa persoalan, pertikaian, tuntutan atau rayuan itu timbul.

P.U. (A) 328 4