Seksyen 5
Peryataan pembelaan
of Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Tribunal Keselamatan Sosial) 2018
P.U. (A)In forceProvision 5 of 18
Seksyen 5
(1)
Responden yang telah disampaikan dengan sewajarnya suatu notis untuk memfailkan pernyataan pembelaan dalam Borang T2 Jadual hendaklah, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penerimaan notis itu, memfailkan pernyataan pembelaan dengan
Tribunal dalam Borang T3 Jadual.
(2)
Apabila pernyataan pembelaan di bawah subperaturan (1) diterima,
Pengerusi hendaklah menyebabkan supaya pernyataan pembelaan itu disampaikan kepada pemohon.