Malaysia legislation

Section 7

of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI (TRIBUNAL KESELAMATAN SOSIAL) 2018

Seksyen 7

(1)

Responden boleh, pada mana-mana peringkat prosiding, meminda pernyataan pembelaan yang difailkan di bawah peraturan 5 dengan kebenaran Tribunal tertakluk kepada apa-apa terma dan arahan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh

Tribunal.

(2)

Tribunal tidak boleh memberikan kebenaran untuk meminda pernyataan pembelaan yang difailkan di bawah peraturan 5 melainkan jika Tribunal berpuas hati bahawa—

(a)

pindaan itu adalah berdasarkan apa-apa perkara fakta atau undang-undang yang diketahui oleh responden hanya selepas pernyataan pembelaan itu difailkan;

(b)

pindaan itu tidak praktik untuk dimasukkan dalam atau ditinggalkan daripada pernyataan pembelaan itu apabila pernyataan pembelaan itu difailkan; atau

(c)

pindaan itu dimasukkan atau ditinggalkan disebabkan oleh hal keadaan yang luar biasa.

(3)

Jika kebenaran diberikan di bawah subperaturan (1), responden hendaklah memfailkan pernyataan pembelaan terpinda dalam lima salinan dengan Tribunal.

(4)

Jika pernyataan pembelaan dipinda di bawah subperaturan (1) selepas pernyataan pembelaan itu disampaikan kepada pemohon di bawah subperaturan 5(2),

Pengerusi hendaklah menyebabkan supaya pernyataan pembelaan terpinda itu disampaikan kepada pemohon dalam masa empat belas hari dari tarikh pernyataan pembelaan terpinda itu difailkan dengan Tribunal.

P.U. (A) 328 7

Ikatan dokumen

Section 7 — PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI (TRIBUNAL KESELAMATAN SOSIAL) 2018