Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(1)
Tiap-tiap tuntutan bagi faedah hendaklah dibuat oleh seseorang suri rumah atau orang tanggungannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada Pertubuhan dalam Borang SR 6 Jadual.
(2)
Tiap-tiap tuntutan bagi faedah—
(a)
dalam hal bencana domestik, hendaklah dibuat dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh berlakunya bencana domestik bersama dengan laporan perubatan atau apa-apa keterangan lain yang menyokong bencana domestik itu; atau
(b)
dalam hal keilatan, hendaklah dibuat dalam tempoh dua puluh empat bulan dari tarikh suri rumah menjadi ilat bersama dengan laporan perubatan atau apa-apa keterangan lain yang menyokong keilatan itu.
(3)
Seseorang suri rumah atau orang tanggungannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh membenarkan mana-mana orang untuk melengkapkan dan memberikan Borang SR 6 Jadual yang disebut dalam subperaturan (1) bagi pihaknya tertakluk kepada apa-apa terma dan arahan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Pertubuhan.
(4)
Jika Pertubuhan berpuas hati bahawa suri rumah berinsurans atau orang tanggungannya tidak dapat melengkapkan dan memberikan Borang SR 6 Jadual disebabkan oleh apa-apa sebab, Pertubuhan boleh memberikan bantuan kepada suri rumah berinsurans atau orang tanggungannya untuk melengkapkan Borang itu.
P.U. (A) 200 7
(5)
Jika suatu tuntutan bagi faedah telah dibuat di bawah subperaturan (1)
dan Pertubuhan mendapati bahawa tuntutan itu sepatutnya telah dibuat bagi faedah yang diperuntukkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4] atau
Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 [Akta 789], tuntutan itu boleh disifatkan telah dibuat di bawah dan hendaklah tertakluk kepada kedua-dua Akta itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(6)
Jika tuntutan bagi faedah telah dibuat di bawah Akta Keselamatan
Sosial Pekerja 1969 atau Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017
dan Pertubuhan mendapati bahawa tuntutan itu ditolak sebagai bukan suatu bencana kerja di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 atau bukan suatu bencana pekerjaan sendiri di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017, tuntutan itu boleh disifatkan telah dibuat di bawah Akta ini untuk pembayaran apa-apa faedah yang berkaitan, sekiranya layak.
Masa bagi pembayaran faedah