Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1)
Apabila tuntutan bagi faedah diterima di bawah subperaturan 3(1),
Pertubuhan hendaklah—
(a)
berhubung dengan faedah hilang upaya kekal, membuat bayaran faedah itu tidak lewat daripada sembilan puluh hari dari tarikh seseorang suri rumah berinsurans itu bersetuju menerima penentuan taksiran hilang upaya kekal oleh penilai perubatan, atau
Jemaah Doktor Rayuan sekiranya terdapat suatu rayuan;
(b)
berhubung dengan elaun layanan sentiasa, membuat bayaran faedah itu tidak lewat daripada sembilan puluh hari dari tarikh seseorang suri rumah berinsurans itu bersetuju menerima penentuan darjah kehilangan upaya yang diperakukan oleh penilai perubatan, atau Jemaah Doktor Rayuan sekiranya terdapat suatu rayuan, yang melayakkan suri rumah berinsurans bagi faedah itu di bawah Akta;
P.U. (A) 200 8
(c)
berhubung dengan faedah pengurusan mayat, membuat bayaran faedah itu tidak lewat daripada lima belas hari dari tarikh dokumen adalah lengkap bagi tuntutan berkenaan dengan kematian seseorang suri rumah berinsurans;
(d)
berhubung dengan elaun keuzuran, membuat bayaran elaun itu tidak lewat daripada sembilan puluh hari dari tarikh penentuan keilatan oleh penilai perubatan, atau Jemaah Doktor Rayuan sekiranya terdapat suatu rayuan, sebagai menghidap keilatan; atau
(e)
berhubung dengan pencen penakat, membuat bayaran faedah itu tidak lewat daripada sembilan puluh hari dari tarikh dokumen adalah lengkap bagi tuntutan berkenaan dengan kematian seseorang suri rumah berinsurans.
(2)
Walau apa pun perenggan 1(c) dan (e), bayaran bagi faedah pengurusan mayat dan pencen penakat hendaklah hanya dibuat jika Pertubuhan berpuas hati bahawa dokumen, maklumat dan butir-butir yang berkaitan yang dikehendaki oleh Pertubuhan telah diberikan oleh orang yang menuntut.
(3)
Pembayaran faedah di bawah subperaturan
(1)
hendaklah dibuat melalui cek, waran, pemindahan wang secara elektronik atau apa-apa kaedah pembayaran yang lain sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Pertubuhan.
Pengiraan faedah