Malaysia legislation

Section 31

of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (FAEDAH, KEMUDAHAN PEMULIHAN JASMANI DAN DIALISIS) 2023

Seksyen 31

Syarat bagi bantuan kewangan bagi kegagalan ginjal tahap akhir

(1)

Seseorang suri rumah berinsurans boleh diberi bantuan kewangan disebabkan oleh kegagalan ginjal tahap akhir tertakluk kepada syarat yang berikut:

(a)

seseorang suri rumah berinsurans telah mengemukakan notis keilatan atau bencana domestik dalam Borang SR 6 Jadual yang tuntutan itu telah ditolak;

P.U. (A) 200 20

(b)

kegagalan ginjal tahap akhir telah diperakukan oleh penilai perubatan, atau Jemaah Doktor Rayuan sekiranya terdapat suatu rayuan, berlaku dalam tempoh caruman suri rumah berinsurans itu;

(c)

seseorang suri rumah berinsurans tidak menerima apa-apa kemudahan pemulihan jasmani atau dialisis yang lain mengenai kegagalan ginjal tahap akhir disebabkan oleh bencana domestik atau keilatan; dan

(d)

seseorang suri rumah berinsurans terus membayar caruman bagi tempoh suri rumah berinsurans itu sedang menerima bantuan kewangan.

(2)

Bayaran bantuan kewangan boleh diberhentikan oleh Pertubuhan sekiranya suri rumah berinsurans tidak memenuhi syarat yang disebut dalam subperaturan (1) semasa menerima bantuan kewangan itu dan bayaran bantuan kewangan akan diteruskan selepas syarat itu dipenuhi semula.

Akuan oleh penerima faedah

Section 31 — PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (FAEDAH, KEMUDAHAN PEMULIHAN JASMANI DAN DIALISIS) 2023