Malaysia legislation

Section 28

of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (FAEDAH, KEMUDAHAN PEMULIHAN JASMANI DAN DIALISIS) 2023

Seksyen 28

Suatu laporan perubatan di bawah Peraturan-Peraturan ini hendaklah termasuk butir-butir yang berikut:

(a)

nama suri rumah berinsurans;

(b)

nombor kad pengenalan suri rumah berinsurans;

(c)

tarikh dan butir-butir kejadian atau kemalangan yang menyebabkan hilang upaya kekal suri rumah berinsurans itu atau tarikh dan butir-butir keadaan

P.U. (A) 200 19

keuzuran yang dihidap oleh suri rumah berinsurans itu yang menyebabkan keilatannya;

(d)

butir-butir hilang upaya kekal suri rumah berinsurans atau butir-butir keilatan suri rumah berinsurans itu;

(e)

tarikh pengeluaran laporan perubatan; dan

(f)

nama, jawatan, nombor pendaftaran Majlis Perubatan Malaysia atau

Majlis Pergigian Malaysia dan tandatangan pegawai perubatan yang mengeluarkan laporan perubatan dan nama hospital atau klinik.

Tuntutan tidak lengkap