Malaysia legislation

Section 17

of PERATURAN-PERATURAN KILANG DAN JENTERA (SKIM PEMERIKSAAN KHAS) (PEMERIKSAAN BERASASKAN RISIKO) 2014

Seksyen 17

Pasukan pemeriksaan berasaskan risiko

(1)

Seseorang pemohon hendaklah menubuhkan suatu pasukan pemeriksaan berasaskan risiko yang hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya lima orang anggota seperti yang berikut:

(a)

ketua pasukan, yang hendaklah orang yang layak;

(b)

seorang jurutera dengan pengetahuan dan kepakaran kejuruteraan kakisan;

(c)

seorang wakil daripada bahagian proses atau bahagian pengeluaran;

(d)

seorang wakil daripada bahagian pemeriksaan atau bahagian kejuruteraan; dan

(e)

seorang pegawai keselamatan dan kesihatan yang berdaftar di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan

(Pegawai

Keselamatan dan

Kesihatan)

1997

[P.U. (A) 315/1997] atau jika suatu tempat kerja tidak menghendaki seorang pegawai keselamatan dan kesihatan berdaftar, seorang yang bertanggungjawab bagi keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

P.U. (A) 96 15

(2)

Dalam peraturan ini, “orang yang layak” ertinya seseorang yang mempunyai ijazah kejuruteraan dan yang, pada pendapat pemohon, mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi untuk melaksanakan semua tugas yang berhubungan dengan skim pemeriksaan berasaskan risiko.