Seksyen 20
Persediaan bagi pemeriksaan berasaskan risiko
of Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Skim Pemeriksaan Khas) (Pemeriksaan Berasaskan Risiko) 2014
(1)
Pada tarikh yang dipersetujui oleh pemohon dan Pemeriksa di bawah peraturan 18, pemohon hendaklah menyediakan tiap-tiap jentera bertekanan berasaskan masa bagi pemeriksaan berasaskan risiko seperti yang berikut:
(a)
jentera bertekanan berasaskan masa itu dikosongkan, disejukkan dan dikeringkan, dan dibersihkan dengan teliti di dalam dan luar;
(b)
semua pintu lurang, lubang tangan dan lubang intai dan palam pencuci ditanggalkan;
(c)
semua pili dan injap dibuka, dibersihkan dan dicanai, jika perlu;
P.U. (A) 96 16
(d)
jentera bertekanan berasaskan masa itu tidak bersambung dengan mana-mana jentera bertekanan berasaskan masa yang lain, dan punca stim atau air panas;
(e)
jentera bertekanan berasaskan masa itu bebas daripada wasap dan wap berbahaya; dan
(f)
berkenaan dengan suatu dandang stim—
(i)
semua bar-api dan anjung api ditanggalkan;
(ii)
semua tiub asap, bahagian luar tiub air, relau, kotak asap dan serombong luar dibersihkan dengan teliti; dan
(iii)
semua penutup pada pengepala dan gelendong lumpur pada dandang stim tiub air ditanggalkan.
(2)
Semasa pemeriksaan berasaskan risiko, Pemeriksa boleh memberikan arahan kepada pemohon untuk mengambil apa-apa tindakan lain yang perlu, termasuklah menanggalkan apa-apa bebatan, binaan bata atau kerja batu, membuat persediaan bagi menjalankan ujian hidrostatik atau ujian tanpa musnah, dan melakukan pembaikan jentera bertekanan berasaskan masa.