Malaysia legislation
Section 27
of PERATURAN-PERATURAN KILANG DAN JENTERA (SKIM PEMERIKSAAN KHAS) (PEMERIKSAAN BERASASKAN RISIKO) 2014
Seksyen 27
(1)
Tertakluk kepada subperaturan (2), Ketua Pemeriksa boleh, selepas mempertimbangkan dapatan di bawah perenggan 26(3)(a), memperbaharui perakuan kelayakan berasaskan risiko dalam Borang B Jadual Pertama.
(2)
Ketua Pemeriksa boleh, selepas mempertimbangkan dapatan di bawah perenggan 26(3)(a), enggan memperbaharui perakuan kelayakan berasaskan risiko jika—
(a)
Ketua Pemeriksa tidak berpuas hati bahawa kehendak di bawah
Peraturan-Peraturan ini atau undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan jentera bertekanan telah dipatuhi; atau
(b)
pembayaran fi pemeriksaan di bawah subperaturan 26(4) tidak dibuat.
(3)
Ketua Pemeriksa hendaklah memberitahu secara bertulis pembaharuan perakuan kelayakan berasaskan risiko di bawah subperaturan (1) atau keengganan memperbaharui perakuan kelayakan berasaskan risiko di bawah subperaturan (2)
kepada pengguna skim dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan.
Tempoh sah perakuan kelayakan berasaskan risiko apabila diperbaharui