Seksyen 25
Audit berasaskan risiko bagi pembaharuan perakuan kelayakan berasaskan risiko
of Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Skim Pemeriksaan Khas) (Pemeriksaan Berasaskan Risiko) 2014
P.U. (A)In forceProvision 25 of 44
Seksyen 25
(1)
Apabila permohonan di bawah peraturan 23 dan apa-apa maklumat atau dokumen tambahan di bawah peraturan 24 diterima, Pemeriksa hendaklah menjalankan audit berasaskan risiko untuk menentusahkan bahawa kehendak yang dinyatakan dalam subperaturan 23(3) dan Bahagian V telah dipenuhi.
(2)
Bagi maksud audit berasaskan risiko, pengguna skim hendaklah menyediakan segala kemudahan dan maklumat kepada Pemeriksa sebagaimana yang semunasabahnya dikehendaki daripadanya.