Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN KILANG DAN JENTERA (SKIM PEMERIKSAAN KHAS) (PEMERIKSAAN BERASASKAN RISIKO) 2014

Seksyen 3

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“audit berasaskan risiko” termasuklah pemeriksaan luaran dan pengesahan data berasaskan risiko;

“baki hayat” ertinya baki usia bagi jangka hayat sesuatu jentera bertekanan;

P.U. (A) 96 7

“data berasaskan risiko” ertinya suatu rekod yang mengandungi data tentang perincian reka bentuk dan pengendalian sesuatu jentera bertekanan yang termasuklah keadaan pengendalian, komposisi bendalir proses, sifat bendalir proses, bahan binaan, spesifikasi reka bentuk dan sejarah jentera bertekanan itu;

“jentera bertekanan” ertinya suatu dandang stim dan bejana tekanan tidak berapi yang digunakan bagi maksud pemprosesan atau penyimpanan;

“jentera bertekanan berasaskan masa” ertinya suatu jentera bertekanan yang memegang perakuan kelayakan berasaskan masa;

“jentera bertekanan berasaskan masa yang baru dipasang” ertinya suatu jentera bertekanan berasaskan masa yang telah menjalani suatu pemeriksaan permulaan dan dua pemeriksaan ulangan;

“jentera bertekanan berasaskan masa yang sedia ada” ertinya suatu jentera bertekanan berasaskan masa yang telah menjalani suatu pemeriksaan permulaan dan sekurang-kurangnya tiga pemeriksaan ulangan;

“jentera bertekanan berasaskan risiko” ertinya suatu jentera bertekanan yang memegang perakuan kelayakan berasaskan risiko;

“pemeriksaan berasaskan risiko” ertinya suatu pemeriksaan pada bahagian dalam dan luar sesuatu jentera bertekanan yang selang pemeriksaannya ditentukan berdasarkan kategori risiko yang berkaitan dengan jentera bertekanan itu;

“pemeriksaan luaran” ertinya suatu pemeriksaan pada bahagian luar sesuatu jentera bertekanan yang termasuklah pengujian kelengkapan keselamatan yang dipasang pada jentera bertekanan itu;

“pemeriksaan permulaan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Peraturan-Peraturan (Pemberitahu, Perakuan Kelayakan dan Pemeriksaan) Kilang dan

Jentera 1970;

P.U. (A) 96 8

“pemeriksaan ulangan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Peraturan-Peraturan (Pemberitahu, Perakuan Kelayakan dan Pemeriksaan) Kilang dan

Jentera 1970;

“pemohon” ertinya seseorang pemunya atau penghuni yang membuat permohonan bagi kelulusan skim pemeriksaan berasaskan risiko di bawah peraturan 4;

“pengguna skim” ertinya seseorang pemohon yang telah diberikan kelulusan skim pemeriksaan berasaskan risiko di bawah perenggan 8(1)(a) atau 39(1)(a);

“perakuan kelayakan berasaskan masa” ertinya suatu perakuan kelayakan yang dikeluarkan di bawah peraturan 25 Peraturan-Peraturan (Pemberitahu, Perakuan

Kelayakan dan Pemeriksaan) Kilang dan Jentera 1970;

“perakuan kelayakan berasaskan risiko” ertinya suatu perakuan kelayakan yang dikeluarkan di bawah perenggan 8(1)(b) atau 39(1)(b) atau yang diperbaharui di bawah subperaturan 27(1);

“skim pemeriksaan berasaskan risiko” ertinya suatu skim pemeriksaan khas yang berdasarkan pemeriksaan berasaskan risiko.

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN KILANG DAN JENTERA (SKIM PEMERIKSAAN KHAS) (PEMERIKSAAN BERASASKAN RISIKO) 2014