Skip to content

Seksyen 4

of Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Skim Pemeriksaan Khas) (Pemeriksaan Berasaskan Risiko) 2014

P.U. (A)In forceProvision 4 of 44

Seksyen 4

(1)

Seseorang pemohon boleh memohon kepada Ketua Pemeriksa bagi kelulusan skim pemeriksaan berasaskan risiko berkenaan dengan satu atau lebih jentera bertekanan berasaskan masa.

(2)

Suatu permohonan di bawah subperaturan (1) hendaklah—

(a)

dibuat secara bertulis;

P.U. (A) 96 9

(b)

disertakan dengan fi pemprosesan sebanyak lima puluh ribu ringgit;

(c)

dilampirkan dengan dokumen yang menunjukkan bahawa kehendak yang dinyatakan dalam Bahagian III telah dipenuhi; dan

(d)

dikemukakan sekurang-kurangnya enam bulan sebelum habis tempoh perakuan kelayakan berasaskan masa.