Malaysia legislation

Section 35

of PERATURAN-PERATURAN KILANG DAN JENTERA (SKIM PEMERIKSAAN KHAS) (PEMERIKSAAN BERASASKAN RISIKO) 2014

Seksyen 35

(1)

Selepas habis tempoh sedia ada sesuatu skim pemeriksaan berasaskan risiko, seseorang pengguna skim boleh memohon kepada Ketua Pemeriksa bagi kelulusan suatu tempoh baharu bagi skim pemeriksaan berasaskan risiko berkenaan dengan—

(a)

suatu jentera bertekanan berasaskan risiko daripada skim pemeriksaan berasaskan risiko yang sama atau mana-mana skim pemeriksaan berasaskan risiko lain; atau

(b)

gabungan jentera bertekanan berasaskan risiko dan jentera bertekanan berasaskan masa.

(2)

Suatu permohonan di bawah subperaturan (1) hendaklah—

(a)

dibuat secara bertulis;

(b)

disertakan dengan fi pemprosesan sebanyak lima puluh ribu ringgit;

(c)

dilampirkan dengan dokumen yang menunjukkan bahawa—

(i)

berkenaan dengan jentera bertekanan berasaskan risiko, kehendak yang dinyatakan dalam subperaturan (4) dan

Bahagian V telah dipenuhi;

(ii)

berkenaan dengan jentera bertekanan berasaskan masa, kehendak yang dinyatakan dalam subperaturan (3) dan (4)

telah dipenuhi; dan

P.U. (A) 96 27

(d)

dikemukakan sekurang-kurangnya enam bulan sebelum habis tempoh sedia ada skim pemeriksaan berasaskan risiko.

(3)

Seseorang pengguna skim hendaklah mengumpulkan—

(a)

berkenaan dengan jentera bertekanan berasaskan masa yang baru dipasang, data berasaskan risiko daripada pemeriksaan permulaan dan dua pemeriksaan ulangan;

(b)

berkenaan dengan jentera bertekanan berasaskan masa yang sedia ada, data berasaskan risiko daripada tiga pemeriksaan ulangan yang terakhir; atau

(c)

berkenaan dengan jentera bertekanan berasaskan masa yang baru dipasang atau jentera bertekanan berasaskan masa yang sedia ada yang data berasaskan risiko tidak boleh dikumpulkan daripada pemeriksaan permulaan atau pemeriksaan ulangan, data berasaskan risiko dalam tiap-tiap selang enam bulan bagi suatu tempoh yang tidak kurang daripada lapan belas bulan dengan menggunakan apa-apa cara lain sebagaimana yang ditentukan oleh

Ketua Pemeriksa.

(4)

Seseorang pengguna skim hendaklah menentukan—

(a)

baki hayat;

(b)

kategori risiko;

(c)

selang pemeriksaan yang dicadangkan; dan

(d)

pelan pemeriksaan yang dicadangkan, bagi jentera bertekanan berasaskan risiko dan jentera bertekanan berasaskan masa dengan mengira dan menilai data berasaskan risiko yang dikumpulkan di bawah subperaturan (3) dan data berasaskan risiko bagi dua belas bulan yang terakhir yang dikumpulkan di bawah perenggan 22(c).

P.U. (A) 96 28

Maklumat atau dokumen tambahan