Seksyen 37
Audit berasaskan risiko bagi tempoh baharu
of Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Skim Pemeriksaan Khas) (Pemeriksaan Berasaskan Risiko) 2014
P.U. (A)In forceProvision 36 of 44
Seksyen 37
(1)
Apabila permohonan di bawah peraturan 35 dan apa-apa maklumat atau dokumen tambahan di bawah peraturan 36 diterima, Pemeriksa hendaklah menjalankan audit berasaskan risiko untuk menentusahkan bahawa kehendak yang dinyatakan dalam subperaturan 35(3) dan (4) dan Bahagian V telah dipenuhi.
(2)
Bagi maksud audit berasaskan risiko, pengguna skim hendaklah menyediakan segala kemudahan dan maklumat kepada Pemeriksa sebagaimana yang semunasabahnya dikehendaki daripadanya.