Malaysia legislation

Section 39

of PERATURAN-PERATURAN KILANG DAN JENTERA (SKIM PEMERIKSAAN KHAS) (PEMERIKSAAN BERASASKAN RISIKO) 2014

Seksyen 39

(1)

Tertakluk kepada subperaturan (2), Ketua Pemeriksa boleh, selepas mempertimbangkan dapatan di bawah perenggan 38(3)(a)—

(a)

memberikan kelulusan suatu tempoh baharu bagi skim pemeriksaan berasaskan risiko dalam Borang A Jadual Pertama berkenaan dengan satu atau lebih jentera bertekanan berasaskan risiko atau jentera bertekanan berasaskan masa yang dinyatakan dalam permohonan di bawah peraturan 35; dan

(b)

mengeluarkan perakuan kelayakan berasaskan risiko dalam

Borang B Jadual Pertama bagi tiap-tiap jentera bertekanan berasaskan risiko atau jentera bertekanan berasaskan masa yang berkenaan dengannya kelulusan suatu tempoh baharu bagi skim pemeriksaan berasaskan risiko telah diberikan di bawah perenggan (a).

(2)

Ketua Pemeriksa boleh, selepas mempertimbangkan dapatan di bawah perenggan 38(3)(a), enggan memberikan kelulusan suatu tempoh baharu bagi skim pemeriksaan berasaskan risiko jika—

(a)

Ketua Pemeriksa tidak berpuas hati bahawa kehendak di bawah

Peraturan-Peraturan ini atau undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan jentera bertekanan telah dipatuhi; atau

(b)

pembayaran fi pemeriksaan di bawah subperaturan 38(4) tidak dibuat.

P.U. (A) 96 31

(3)

Kelulusan yang diberikan di bawah perenggan (1)(a) dan perakuan kelayakan berasaskan risiko yang dikeluarkan di bawah perenggan (1)(b) hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

(4)

Ketua Pemeriksa hendaklah memberitahu secara bertulis kelulusan yang diberikan di bawah perenggan (1)(a) atau keengganan memberikan kelulusan di bawah subperaturan (2) kepada pengguna skim dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan.

Tempoh baharu skim pemeriksaan berasaskan risiko

Section 39 — PERATURAN-PERATURAN KILANG DAN JENTERA (SKIM PEMERIKSAAN KHAS) (PEMERIKSAAN BERASASKAN RISIKO) 2014