Malaysia legislation

Section 7

of PERATURAN-PERATURAN KILANG DAN JENTERA (SKIM PEMERIKSAAN KHAS) (PEMERIKSAAN BERASASKAN RISIKO) 2014

Seksyen 7

(1)

Apabila audit berasaskan risiko di bawah peraturan 6 disiapkan dan

Pemeriksa berpuas hati bahawa kehendak yang dinyatakan dalam Bahagian III telah dipenuhi, suatu pemeriksaan berasaskan risiko hendaklah dijalankan ke atas jentera bertekanan berasaskan masa mengikut Bahagian IV.

(2)

Apabila pemeriksaan berasaskan risiko di bawah subperaturan (1)

disiapkan, Pemeriksa hendaklah—

(a)

melaporkan kepada

Ketua

Pemeriksa tentang dapatan pemeriksaan berasaskan risiko itu dan audit berasaskan risiko di bawah peraturan 6; dan

(b)

mengeluarkan suatu pemberitahuan kepada pemohon bagi pembayaran—

(i)

berkenaan dengan jentera bertekanan berasaskan masa yang telah menjalani pemeriksaan berasaskan risiko, fi pemeriksaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual

Kedua; atau

(ii)

berkenaan dengan jentera bertekanan berasaskan masa yang Pemeriksa telah enggan membuat atau menyiapkan pemeriksaan berasaskan risiko ke atasnya menurut peraturan 21, dua puluh lima peratus daripada fi pemeriksaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual

Kedua.

(3)

Apabila pemberitahuan di bawah perenggan (2)(b) diterima, pemohon hendaklah membuat pembayaran fi pemeriksaan kepada Ketua Pemeriksa dalam masa empat belas hari.

P.U. (A) 96 11

Pemberian kelulusan

Section 7 — PERATURAN-PERATURAN KILANG DAN JENTERA (SKIM PEMERIKSAAN KHAS) (PEMERIKSAAN BERASASKAN RISIKO) 2014