PERMULAAN
Nama
/akn/my/act/pua/2016/236
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PENOMBORAN) 2016 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 236 2016, currently marked in force and first recorded in 2016.
Opening note
Bahagian I
Nama
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan
Peraturan-Peraturan
Komunikasi dan Multimedia (Penomboran) 2016.
Tafsiran
“fi penguntukan” ertinya fi penguntukan yang dinyatakan dalam rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik;
“fi permohonan” ertinya fi permohonan yang dinyatakan dalam rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik;
“nombor” ertinya kategori nombor yang dinyatakan dalam rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik tetapi tidak termasuk alamat protokol
Internet dan nama domain;
“nombor dihargai” ertinya suatu set nombor daripada nombor simpanan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya sebagai nombor dihargai;
“nombor simpanan” ertinya apa-apa nombor yang belum diperuntukkan yang disimpan oleh Suruhanjaya menurut Peraturan-Peraturan ini;
6
“pemegang penguntukan” ertinya pemegang sesuatu penguntukan yang dikeluarkan di bawah peraturan 13;
“pemohon” ertinya pemegang lesen yang dinyatakan dalam rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik yang memohon suatu penguntukan di bawah Peraturan-Peraturan ini;
“pengguna akhir” ertinya seseorang pelanggan perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi yang diperuntukkan dengan suatu nombor; dan
“perkhidmatan kemudahalihan nombor” ertinya perkhidmatan yang dinyatakan dalam rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik yang membolehkan seseorang pengguna akhir mengekalkan nombor telefonnya yang sedia ada apabila menukar daripada suatu pemberi perkhidmatan kepada suatu pemberi perkhidmatan yang lain.
Bahagian II
Suruhanjaya boleh menyemak, mengubah atau membatalkan rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik.
Pematuhan kepada rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik
Seseorang pemegang penguntukan hendaklah mematuhi rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik.
Mana-mana pemegang penguntukan yang melanggar subperaturan (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman yang diperuntukkan di bawah seksyen 242 Akta.
7
Kesan penyemakan, perubahan atau pembatalan rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik 5.
Apa-apa pertukaran kepada mana-mana nombor yang diperuntukkan di bawah
Peraturan-Peraturan ini yang disebabkan oleh penyemakan, perubahan atau pembatalan rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik tidak disifatkan sebagai penguntukan nombor yang baharu.
Bahagian III
Larangan menggunakan nombor tanpa penguntukan
Tiada seorang pun boleh menggunakan mana-mana nombor untuk menyediakan perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi melainkan jika dia memegang suatu penguntukan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah peraturan 13.
Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman yang diperuntukkan di bawah seksyen 242 Akta.
Permohonan bagi penguntukan
Suatu permohonan bagi penguntukan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dibuat bagi—
Suatu permohonan bagi penguntukan nombor biasa atau nombor khas hendaklah dibuat dalam borang yang ditentukan oleh Suruhanjaya dan hendaklah disertakan dengan—
8
fi permohonan yang dinyatakan dalam rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik; dan
Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa selepas permohonan dibuat, meminta pemohon untuk memberi maklumat atau dokumen lanjut dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu.
Seseorang pemohon dianggap menarik balik permohonan yang dibuat di bawah subperaturan (1) jika pemohon itu tidak mematuhi permintaan di bawah subperaturan (2).
Walau apa pun subperaturan (3), pemohon boleh membuat permohonan baharu.
Permohonan bagi penguntukan nombor dihargai
Suruhanjaya boleh mengeluarkan suatu pelawaan kepada mana-mana pemegang lesen untuk memohon bagi suatu penguntukan nombor dihargai dan hanya pemegang lesen yang telah dipelawa boleh mengemukakan permohonan.
Sesuatu pelawaan yang dikeluarkan di bawah subperaturan (1) boleh mengandungi mana-mana atau semua perkara yang berikut:
tatacara untuk menguntukkan nombor dihargai dan kaedah-kaedah yang berhubungan dengannya;
9
takat pemindahan penguntukan nombor dihargai atau urusan dengan penguntukan nombor dihargai yang hendaklah dibenarkan;
jenis perkhidmatan yang baginya penguntukan nombor dihargai hendaklah digunakan;
Suatu permohonan bagi penguntukan nombor dihargai hendaklah dibuat mengikut pelawaan yang dikeluarkan dan hendaklah disertakan dengan fi permohonan yang dinyatakan dalam rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik dalam masa yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Tarikh permohonan
Suruhanjaya hendaklah merekodkan tarikh penerimaan sesuatu permohonan sebagai tarikh permohonan jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa permohonan itu mengandungi semua maklumat yang dikehendaki.
Jika Suruhanjaya mendapati bahawa pada masa penerimaan permohonan itu maklumat yang dikehendaki tidak lengkap Suruhanjaya boleh meminta pemohon untuk memberikan maklumat lanjut.
Apabila pemohon mematuhi permintaan yang disebut dalam subperaturan (2), Suruhanjaya hendaklah merekodkan tarikh penerimaan maklumat yang dikehendaki itu sebagai tarikh permohonan.
10
Permohonan bersaing
Dalam hal permohonan bersaing bagi penguntukan nombor atau blok nombor yang sama, Suruhanjaya boleh memberikan keutamaan kepada pemohon yang pertama mengemukakan permohonannya.
Keputusan Suruhanjaya yang dibuat di bawah peraturan ini muktamad dan mengikat pemohon.
Keputusan Suruhanjaya
Suruhanjaya hendaklah memaklumkan pemohon melalui suatu notis bertulis tentang keputusannya sama ada sesuatu permohonan bagi penguntukan diluluskan atau ditolak—
dalam hal permohonan bagi penguntukan nombor biasa, dalam masa tiga puluh hari bekerja dari tarikh permohonan;
dalam hal permohonan bagi penguntukan nombor khas, dalam masa empat puluh lima hari bekerja dari tarikh permohonan; atau
dalam hal permohonan bagi penguntukan nombor dihargai, dalam masa yang ditetapkan dalam pelawaan yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya di bawah peraturan 9.
Jika Suruhanjaya tidak meluluskan atau tidak menolak permohonan itu selepas habis tempoh masa yang dinyatakan dalam perenggan (a), (b) atau (c),
Suruhanjaya disifatkan telah menolak permohonan itu.
Pengeluaran penguntukan oleh Suruhanjaya
Jika sesuatu kelulusan oleh Suruhanjaya berkaitan dengan suatu permohonan bagi penguntukan nombor untuk perkhidmatan yang dinyatakan dalam rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik, pemohon hendaklah dalam masa tiga puluh hari bekerja dari tarikh notis kelulusan, membayar fi penguntukan yang dinyatakan dalam rancangan penomboran dan pengalamatan
11
elektronik dan Suruhanjaya hendaklah mengeluarkan suatu perakuan penguntukan kepada pemohon itu.
Jika pemohon itu gagal untuk membayar fi penguntukan dalam tempoh masa yang dinyatakan dalam subperaturan (1), kelulusan itu luput.
Perakuan penguntukan yang dikeluarkan di bawah peraturan ini hendaklah mengandungi syarat standard yang dinyatakan dalam peraturan 14 dan apa-apa syarat lain yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya.
Syarat standard penguntukan
Sesuatu penguntukan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini hendaklah mengandungi syarat standard seperti yang berikut:
seseorang pemegang penguntukan hendaklah menggunakan nombor yang diuntukkan bagi maksud yang dinyatakan dalam penguntukan;
seseorang pemegang penguntukan hendaklah mengambil semua langkah yang perlu untuk memaksimumkan penggunaan mana-mana penguntukan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini;
seseorang pemegang penguntukan hendaklah menyenggara suatu pelan bagi pengeluaran dan pengeluaran semula nombor mengikut
Peraturan-Peraturan ini dan rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik;
seseorang pemegang penguntukan hendaklah mengemukakan laporan penggunaan tahunan dalam format yang dinyatakan oleh
Suruhanjaya dalam masa tiga puluh hari dari 31 Disember dalam setiap tahun kalendar;
12
seseorang pemegang penguntukan hendaklah mematuhi rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik;
seseorang pemegang penguntukan hendaklah mematuhi mana-mana standard mandatori yang didaftarkan oleh Suruhanjaya di bawah Akta;
seseorang pemegang penguntukan hendaklah mematuhi mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah
Akta;
seseorang pemegang penguntukan hendaklah mematuhi Akta dan mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta dan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berkaitan;
seseorang pemegang penguntukan tidak boleh mencagar, menjual, melelong, memperdagangkan atau memindahkan hakmilik apa-apa penguntukan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini; dan
seseorang pemegang penguntukan hendaklah mematuhi mana-mana syarat lain yang boleh dikenakan oleh Suruhanjaya.
Mana-mana pemegang penguntukan yang melanggar subperaturan (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman yang diperuntukkan di bawah seksyen 242 Akta.
Bagi maksud perenggan (1)(i), pemudahalihan nombor bagi maksud perkhidmatan kemudahalihan nombor tidak boleh ditafsirkan sebagai pemindahan hakmilik mana-mana nombor yang diuntukkan.
13
Penggantungan atau pembatalan penguntukan
Suruhanjaya boleh menggantung atau membatalkan sesuatu penguntukan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, dalam mana-mana keadaan yang berikut:
jika penggunaan penguntukan tidak selaras dengan rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik;
jika pemegang penguntukan melanggar mana-mana syarat yang terkandung dalam penguntukan;
jika pemegang penguntukan gagal membayar fi penguntukan dalam hal jika fi penguntukan dikehendaki untuk dibayar;
jika pemegang penguntukan melanggar mana-mana peruntukan
Peraturan-Peraturan ini atau mana-mana peruntukan Akta atau mana-mana undang-undang bertulis yang berkaitan dengan penguntukan nombor;
jika pemegang penguntukan menyerahkan lesennya di bawah
Peraturan-Peraturan ini;
Suruhanjaya hendaklah, sebelum menggantung atau membatalkan sesuatu penguntukan di bawah subperaturan (1), memberi pemegang penguntukan—
suatu notis bertulis mengenai niat
Suruhanjaya untuk menggantung atau membatalkan penguntukan itu; dan
suatu peluang untuk membuat suatu penghujahan bertulis dalam tempoh tiga puluh hari bekerja dari tarikh notis yang disebut dalam perenggan (a).
Suruhanjaya hendaklah mempertimbangkan apa-apa penghujahan yang dibuat oleh seseorang pemegang penguntukan sebelum membuat keputusan untuk menggantung atau membatalkan sesuatu penguntukan.
Jika penggantungan atau pembatalan suatu penguntukan menjejaskan kepentingan awam, Suruhanjaya hendaklah memberi pertimbangan kepada apa-apa penghujahan yang dibuat oleh orang awam sebelum membuat keputusan untuk menggantung atau membatalkan penguntukan itu.
Jika penggantungan atau pembatalan suatu penguntukan berkaitan dengan nombor yang tidak digunakan, penggantungan atau pembatalan penguntukan itu hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh empat belas hari bekerja dari tarikh notis penggantungan atau pembatalan itu diserahkan kepada pemegang penguntukan atau apa-apa tempoh lain yang boleh diputuskan oleh Suruhanjaya.
Jika penggantungan atau pembatalan suatu penguntukan berkaitan dengan nombor yang digunakan—
pemegang penguntukan hendaklah menghentikan penggunaan nombor itu dalam tempoh sembilan bulan dari tarikh penggantungan atau pembatalan penguntukan itu berkuat kuasa;
15
pemegang penguntukan hendaklah memberikan sekurang-kurangnya enam bulan notis bertulis kepada pengguna akhirnya yang terjejas oleh keputusan Suruhanjaya untuk menggantung atau membatalkan penguntukan itu; dan
pemegang penguntukan hendaklah menawarkan suatu pilihan nombor alternatif kepada pengguna akhir yang terjejas sebagai ganti jika pemegang penguntukan terus menjadi pemegang lesen di bawah Akta.
Jika suatu penguntukan telah digantung atau dibatalkan di bawah subperaturan (1), pemegang penguntukan hendaklah, selepas penggantungan atau pembatalan penguntukan itu mula berkuat kuasa, memberhentikan apa-apa pengeluaran lanjut kepada pengguna akhir nombor yang terjejas oleh penggantungan atau pembatalan itu, melainkan jika telah diberitahu selainnya oleh Suruhanjaya secara bertulis.
Pembatalan atau penggantungan sesuatu penguntukan di bawah subperaturan (1) tidak menyentuh atau menjejaskan hak Suruhanjaya atau Kerajaan untuk mendapatkan apa-apa wang yang kena dibayar kepada mereka atau mendapatkan apa-apa remedi yang timbul daripada atau berkaitan dengan apa-apa pelanggaran mana-mana syarat penguntukan atau ketidakpatuhan kepada Akta atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta oleh pemegang penguntukan.
Mana-mana pemegang penguntukan yang melanggar subperaturan (6)
atau (7) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman yang diperuntukkan di bawah seksyen 242 Akta.
Penyiaran penggantungan atau pembatalan penguntukan
Suruhanjaya hendaklah, secepat yang boleh dilaksanakan, menyebabkan supaya suatu notis penggantungan atau pembatalan sesuatu penguntukan yang menyatakan julat nombor yang digantung atau dibatalkan disiarkan dalam
16
sekurang-kurangnya satu surat khabar harian nasional bahasa kebangsaan dan satu surat khabar harian nasional bahasa Inggeris selama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Apa-apa kelewatan atau kegagalan untuk menyiarkan notis penggantungan atau pembatalan tidak dengan apa-apa cara menjejaskan kesahan penggantungan atau pembatalan sesuatu penguntukan.
Penyerahan penguntukan
Seseorang pemegang penguntukan boleh memohon untuk menyerahkan sesuatu penguntukan yang dikeluarkan kepadanya di bawah Peraturan-Peraturan ini sama ada secara keseluruhannya atau sebahagiannya kepada Suruhanjaya pada bila-bila masa dalam bentuk dan cara yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Jika seseorang pemegang penguntukan mengemukakan suatu permohonan untuk menyerahkan suatu penguntukan yang dikeluarkan di bawah
Peraturan-Peraturan ini, Suruhanjaya hendaklah, dalam masa tiga puluh hari bekerja dari tarikh permohonan itu dikemukakan, memaklumkan pemegang penguntukan mengenai keputusannya sama ada meluluskan atau menolak permohonan itu.
Keputusan Suruhanjaya untuk menolak sesuatu permohonan untuk menyerahkan suatu penguntukan di bawah subperaturan (1) hendaklah berkuat kuasa pada tarikh notis penolakan dikeluarkan oleh Suruhanjaya kepada pemegang penguntukan.
Jika Suruhanjaya tidak meluluskan atau tidak menolak permohonan untuk menyerahkan suatu penguntukan mengikut subperaturan (2), Suruhanjaya disifatkan, apabila habis tempoh yang dinyatakan dalam subperaturan (2), meluluskan permohonan itu.
17
Hak keempunyaan penguntukan
Pengeluaran sesuatu penguntukan di bawah Peraturan-Peraturan ini tidak boleh disifatkan sebagai memberikan hak kepada mana-mana orang hak keempunyaan terhadap nombor atau julat nombor yang diperuntukan kepada orang itu.
Bahagian IV
Penyimpanan nombor
Suruhanjaya boleh menyimpan mana-mana nombor di bawah rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik.
Jika penyimpanan nombor di bawah subperaturan (1) termasuk nombor dalam sesuatu penguntukan yang sedia ada, nombor dalam penguntukan itu disifatkan sebagai dibatalkan melainkan jika nombor itu telah dikeluarkan kepada pengguna akhir.
Bahagian V
Pengeluaran nombor kepada pengguna akhir
Seseorang pemegang penguntukan boleh mengeluarkan kepada mana-mana pengguna akhir apa-apa nombor daripada suatu penguntukan yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya bagi maksud yang dinyatakan dalam penguntukan itu.
Pengenaan bayaran bagi pengeluaran nombor
Seseorang pemegang penguntukan tidak boleh mengenakan apa-apa bayaran bagi pengeluaran mana-mana nombor kepada pengguna akhir, sama ada bagi fi pentadbiran atau selainnya, kecuali dengan mengikut mana-mana garis panduan yang dibuat oleh Suruhanjaya.
Mana-mana pemegang penguntukan yang melanggar subperaturan (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman yang diperuntukkan di bawah seksyen 242 Akta.
18
Penggantungan atau pembatalan pengeluaran nombor
Seseorang pemegang penguntukan boleh menggantung atau membatalkan mana-mana pengeluaran nombor—
jika penggantungan atau pembatalan pengeluaran nombor itu diminta oleh pengguna akhir; atau
jika pengguna akhir telah melanggar syarat yang dikenakan oleh pemegang penguntukan bagi penggunaan nombor yang dikeluarkan itu.
Rekod pengeluaran nombor
Seseorang pemegang penguntukan hendaklah menyimpan dan menyenggara rekod semua nombor yang dikeluarkan kepada pengguna akhirnya dan rekod itu hendaklah mengandungi perkara yang berikut:
Suruhanjaya boleh meminta seseorang pemegang penguntukan untuk mengemukakan rekod itu dalam apa-apa tempoh masa, dengan apa-apa cara dan bentuk yang dinyatakan oleh Suruhanjaya.
Jika rekod itu digunakan bagi maksud perkhidmatan direktori nasional,
Suruhanjaya boleh memasukkan rekod itu atau mana-mana bahagian daripada rekod itu yang dikemukakan oleh seseorang pemegang penguntukan ke dalam suatu pangkalan data bagi maksud untuk mewujudkan suatu perkhidmatan direktori nasional.
19
Pindah hakmilik nombor yang dikeluarkan antara pengguna akhir
Seseorang pengguna akhir boleh meminta seseorang pemegang penguntukan untuk memindahkan hakmilik apa-apa nombor yang dikeluarkan kepadanya oleh pemegang penguntukan itu kepada pengguna akhir yang lain yang melanggan perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi yang sama daripada pemegang penguntukan itu.
Pemegang penguntukan boleh menolak untuk memindahkan hakmilik nombor yang diminta di bawah subperaturan (1) jika—
pemegang penguntukan semunasabahnya mempercayai bahawa pemindahan hakmilik itu merupakan sebahagian daripada perbuatan untuk mencagar, menjual, melelong atau memperdagangkan nombor yang dikeluarkan; atau
pemindahan hakmilik nombor itu tidak dapat dilaksanakan secara praktikal kerana halangan teknikal.
Bahagian VI
Perkhidmatan kemudahalihan nombor
Seseorang pemegang penguntukan yang dikehendaki oleh Suruhanjaya untuk melaksanakan perkhidmatan kemudahalihan nombor hendaklah mematuhi kehendak itu sebagaimana dinyatakan dalam rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik.
Mana-mana pemegang penguntukan yang melanggar subperaturan (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman yang diperuntukkan di bawah seksyen 242 Akta.
20
Fi
Semua fi yang kena dibayar di bawah Peraturan-Peraturan ini hendaklah dibayar kepada Suruhanjaya melalui apa-apa aturan dan dengan apa-apa cara yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Suruhanjaya boleh mengetepikan fi yang dinyatakan dalam rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik bagi maksud kepentingan negara atau awam.
Salinan dokumen yang diperakui benar
Seseorang pemegang penguntukan boleh memohon kepada Suruhanjaya secara bertulis untuk mendapatkan suatu salinan dokumen penguntukan yang diperakui benar yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini.
Suruhanjaya hendaklah memberikan salinan dokumen penguntukan yang diperakui benar kepada pemegang penguntukan apabila pembayaran fi yang dinyatakan dalam rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik dibuat.
Pelanjutan masa
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Peraturan-Peraturan ini, jika suatu tempoh masa dinyatakan bagi sesuatu tindakan dilakukan atau sesuatu syarat dipenuhi, orang yang terjejas boleh meminta suatu pelanjutan masa secara bertulis dan
Suruhanjaya boleh membenarkan pelanjutan masa itu sebagaimana yang difikirkannya patut.
Kecualian dan peralihan
Semua penguntukan nombor yang dibuat sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini hendaklah disifatkan telah dibuat di bawah Peraturan-Peraturan ini.
21
Fi penguntukan berkenaan dengan sesuatu penguntukan yang dibuat sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini hendaklah kena dibayar dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini.
Mana-mana perakuan, kelulusan atau tindakan yang dikeluarkan, diberikan atau diambil sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini adalah sah dan berkesan seolah-olah ia dikeluarkan, diberikan atau diambil di bawah
Peraturan-Peraturan ini, setakat yang ia selaras dengan Akta dan Peraturan-Peraturan ini dan disifatkan telah dikeluarkan, diberikan atau diambil di bawah
Peraturan-Peraturan ini.
Dibuat 25 Ogos 2016
[KKMM.600-1/4/21(2); PN(PU2)601/XII]
DATO' SERI DR. SALLEH SAID KERUAK
Menteri Komunikasi dan Multimedia
22
COMMUNICATIONS AND MULTIMEDIA ACT 1998
COMMUNICATIONS AND MULTIMEDIA (NUMBERING) REGULATIONS 2016
Opening note
Bahagian I
Citation 1.
These regulations may be cited as the Communications and Multimedia
(Numbering) Regulations 2016.
Interpretation 2.
In these Regulations—
“assignment fee” means the assignment fee specified in the numbering and electronic addressing plan;
“application fee” means the application fee specified in the numbering and electronic addressing plan;
“numbers” means the categories of numbers as specified in the numbering and electronic addressing plan but does not include Internet protocol addresses and domain names;
“cherished numbers” means a set of numbers from the reserved numbers determined by the Commission as the cherished numbers;
26
“reserved numbers”
means any unassigned numbers reserved by the Commission pursuant to these Regulations;
“assignment holder” means a holder of an assignment issued under regulation 13;
“applicant” means the licensee as specified in the numbering and electronic addressing plan who applies for an assignment under these Regulations; and
“end user” means a subscriber of a network service or applications service who has been issued with a number; and
“number portability service” means the service specified in the numbering and electronic addressing plan that enables an end user to retain his existing telephone number when switching from a service provider to another service provider.
Bahagian II
Numbering and electronic addressing plan 3.
The Commission may revise, vary or revoke the numbering and electronic addressing plan.
Compliance with numbering and electronic addressing plan 4.
An assignment holder shall comply with the numbering and electronic addressing plan.
Any assignment holder who contravenes subregulation (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to the penalty provided under section 242
of the Act.
27
Effect of revision, variation or revocation of numbering and electronic addressing plan 5.
Any changes to any number assigned under these Regulations which is caused by a revision, variation or revocation of the numbering and electronic addressing plan shall not be deemed as a new assignment of numbers.
Bahagian III
Prohibition on using numbers without assignment 6.
No person shall use any number to provide network service or application service unless he holds an assignment issued by the Commission under regulation 13.
Any person who contravenes subregulation (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to the penalty provided under section 242 of the Act.
Application for assignment 7.
An application for assignment under these Regulations may be made for—
cherished numbers.
Application for assignment of normal numbers or special numbers 8.
An application for assignment of normal numbers or special numbers shall be made in the form as may be determined by the Commission and shall be accompanied by—
28
the application fee as specified in the numbering and electronic addressing plan; and
The Commission may, at any time after the application is made, request the applicant to provide further information or document within the period as may be specified in the request.
An applicant is deemed to have withdrawn the application made under subregulation (1) if the applicant fails to comply with the request under subregulation (2).
Notwithstanding subregulation (3), the applicant may make a new application.
Application for assignment of cherished numbers 9.
The Commission may issue an invitation to any licensee to apply for an assignment of cherished numbers and only the licensee who has been invited may submit the application.
An invitation issued under subregulation (1) may contain any or all of the following matters:
the extent of transfer of assignment of the cherished numbers or dealing with the assignment of the cherished numbers which shall be permitted;
the type of services which the assignment of cherished numbers shall be used for;
An application for assignment of cherished numbers shall be made in accordance with the invitation issued and shall be accompanied by the application fee as specified in the numbering and electronic addressing plan within the time as may be determined by the Commission.
Application date 10.
The Commission shall record the date of receipt of an application as the application date if the Commission is satisfied that the application contains all the required information.
If the Commission finds that at the time of receipt of the application the information required is incomplete the Commission may request the applicant to provide further information.
When the applicant complies with the request referred to in subregulation (2), the Commission shall record the date of receipt of the required information as the application date.
30
Competing applications 11.
In the event of competing applications for assignment of same numbers or number block, the Commission may give priority to the applicant who first submit his application.
The decision of the Commission made under this regulation shall be final and binding on the applicants.
Decision of Commission 12.
The Commission shall inform an applicant by a written notice of its decision whether an application for assignment is approved or rejected—
in the case of the application for assignment of normal numbers, within thirty working days from the application date;
in the case of the application for assignment of special numbers, within forty-five working days from the application date; or
in the case of the application for assignment of cherished numbers, within the period prescribed in the invitation issued by the
Commission under regulation 9.
If the Commission neither approves nor rejects the application after the expiry of the period specified in paragraph (a), (b) or (c), the Commission is deemed to have rejected the application.
Issuance of assignment by Commission 13.
If an approval by the Commission relates to an application for assignment of numbers for services specified in the numbering and electronic addressing plan, the applicant shall within thirty working days from the date of the notice of approval, pay the assignment fee as specified in the numbering and electronic addressing plan and the
Commission shall issue a certificate of assignment to the applicant.
31
If the applicant fails to pay the assignment fee within the period specified in subregulation (1), the approval shall lapse.
The certificate of assignment issued under this regulation shall contain the standard conditions specified in regulation 14 and such other conditions as the
Commission deems necessary.
Standard conditions of assignment 14.
An assignment issued under these Regulations shall contain standard conditions as follows:
an assignment holder shall use the assigned numbers for the purposes specified in the assignment;
an assignment holder shall take all the necessary steps to maximize the use of any assignment issued under these
Regulations;
an assignment holder shall maintain a plan for issuing and re-issuing numbers in accordance with these Regulations and the numbering and electronic addressing plan;
an assignment holder shall submit an annual utilization report in a format specified by the Commission within thirty days from 31 December in every calendar year;
an assignment holder shall comply with the numbering and electronic addressing plan;
an assignment holder shall comply with any mandatory standard registered by the Commission under the Act;
32
an assignment holder shall comply with any guidelines issued by the Commission under the Act;
an assignment holder shall comply with the Act and any subsidiary legislation made under the Act and any other relevant written laws;
an assignment holder shall not charge, sell, auction, trade or transfer any assignment issued under these Regulations; and
an assignment holder shall comply with any other conditions as may be imposed by the Commission.
Any assignment holder who contravenes subregulation (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to the penalty provided under section 242
of the Act.
For the purpose of paragraph (1)(i), the porting of numbers for the purpose of number portability service shall not be construed as a transfer of any assigned numbers.
Suspension or cancellation of assignment 15.
The Commission may suspend or cancel an assignment issued under these Regulations, either wholly or partly, in any of the following circumstances:
if the use of the assignment is inconsistent with the numbering and electronic addressing plan;
if the assignment holder fails to pay the assignment fee in the case where the assignment fee is required to be paid;
33
if the assignment holder contravenes any provision of these
Regulations or any provision of the Act or any other written laws which relates to assignment of numbers;
The Commission shall, before suspending or cancelling an assignment under subregulation (1), give the assignment holder—
a written notice of the Commission’s intention to suspend or cancel the assignment; and
an opportunity to make a written submission within thirty working days from the date of the notice referred to in paragraph (a).
The Commission shall consider any submission made by an assignment holder before making a decision to suspend or cancel an assignment.
34
If the suspension or cancellation of an assignment affects the interest of the public, the Commission shall give consideration to any submission made by the public before making a decision to suspend or cancel the assignment.
If the suspension or cancellation of an assignment relates to numbers which are not in use, the suspension or cancellation of the assignment shall take effect upon the expiry of fourteen working days from the date on which the notice of suspension or cancellation is served on the assignment holder or such other period as the Commission may decide.
If the suspension and cancellation of an assignment relates to numbers which are in use—
the assignment holder shall cease the use of such numbers within nine months from the date of the suspension or cancellation of the assignment takes effect;
the assignment holder shall give at least six months written notice to its end users who are affected by the Commission’s decision to suspend or cancel the assignment; and
the assignment holder shall offer a choice of alternative numbers to the affected end users as replacement if the assignment holder continues to be a licensee under the Act.
If an assignment has been suspended or cancelled under subregulation (1), the assignment holder shall, after the suspension or cancellation of the assignment takes effect, cease any further issuance to end users of the numbers affected by the suspension or cancellation, unless otherwise notified by the Commission in writing.
35
The cancellation or suspension of an assignment under subregulation (1)
shall not prejudice or affect the rights of the Commission or the Government to recover any money due to them or obtain any remedy arising from or in relation to any breach of any condition of the assignment or non-compliance with the Act or any subsidiary legislation made under the Act by the assignment holder.
Any assignment holder who contravenes subregulation (6) or (7)
commits an offence and shall, on conviction, be liable to the penalty provided under section 242 of the Act.
Publication of suspension or cancellation of assignment 16.
The Commission shall, as soon as may be practicable, cause a notice of suspension or cancellation of an assignment specifying the range of numbers suspended or cancelled to be published in at least one national language and one English language national daily newspaper for at least three consecutive days.
Any delay or failure to publish the notice of suspension or cancellation shall not in any manner affect the validity of the suspension or cancellation of an assignment.
Surrender of assignment 17.
An assignment holder may apply to surrender an assignment issued to him under these Regulations either wholly or partly to the Commission at any time in the form and manner as may be determined by the Commission.
If an assignment holder submits an application to surrender an assignment issued under these Regulations, the Commission shall, within thirty working days from the date of the application being submitted, inform the assignment holder of its decision whether to approve or reject the application.
The decision of the Commission to reject an application to surrender an assignment under subregulation (1) shall take effect on the date the notice of rejection is issued by the Commission to the assignment holder.
36
If the Commission neither approves nor rejects the application to surrender an assignment in accordance with subregulation (2), the Commission is deemed, upon the expiry of the period referred to in subregulation (2), to approve the application.
Proprietary right of assignment 18.
The issuance of an assignment under these Regulations shall not be deemed as conferring on any person the proprietary right over the numbers or range of numbers assigned to the person.
Bahagian IV
Reservation of numbers 19.
The Commission may reserve any numbers under the numbering and electronic addressing plan.
If the reservation of numbers under subregulation (1) includes the numbers in an existing assignment, the numbers in the assignment shall be deemed to be cancelled unless such numbers have been issued to the end users.
Bahagian V
Issuance of numbers to end users 20.
An assignment holder may issue to any end user any number from an assignment issued by the Commission for the purposes specified in the assignment.
Imposition of payment for issuance of numbers 21.
An assignment holder shall not impose any payment for the issuance of any numbers to the end-users, whether for administrative fee or otherwise, except in accordance with any guidelines made by the Commission.
37
Any assignment holder who contravenes subregulation (1), commits an offence and shall, on conviction, be liable to the penalty provided under section 242 of the Act.
Suspension or cancellation of issuance of numbers 22.
An assignment holder may suspend or cancel any issuance of numbers—
if the suspension or cancellation of the issuance of numbers is requested by the end user; or
if the end user has breached the conditions imposed by the assignment holder for the use of the numbers issued.
Record of issuance of numbers 23.
An assignment holder shall keep and maintain records of all numbers issued to its end users and the records shall contain the following matters:
The Commission may request an assignment holder to submit the records within any period, in any manner and form specified by the Commission.
If the records are used for the purposes of a national directory service, the Commission may include the records or any part of the records submitted by an assignment holder into a database for the purposes of creating a national directory service.
38
Transfer of numbers issued between end users 24.
An end user may request an assignment holder to transfer any number issued to him by the assignment holder to another end user who subscribes to the same network service or applications service from the assignment holder.
The assignment holder may refuse to transfer the number requested under subregulation (1) if—
the assignment holder reasonably believes that the transfer is part of an act of charging, selling, auctioning or trading of the numbers issued; or
the transfer of the number cannot be practicably undertaken due to technical impediments.
Bahagian VI
Number portability service 25.
An assignment holder who is required by the Commission to implement number portability service shall comply with the requirement specified in the numbering and electronic addressing plan.
Any assignment holder who contravenes subregulation (1), commits an offence and shall, on conviction, be liable to the penalty provided under section 242 of the Act.
Fees 26.
All fees payable under these Regulations shall be paid to the Commission by any means and in any manner as the Commission may determine.
The Commission may waive the fees specified in the numbering and electronic addressing plan for the purpose of national or public interest.
39
Certified true copy of document 27.
An assignment holder may apply to the Commission in writing to obtain a certified true copy of any assignment document issued under these Regulations.
The Commission shall provide the certified true copy of assignment document to the assignment holder upon payment of the fee specified in the numbering and electronic addressing plan is made.
Extension of time 28.
Notwithstanding anything contained in these Regulations, where a time period is specified for an act to be done or a condition to be fulfilled, the person affected may request for an extension of time in writing and the Commission may allow such extension of time as it thinks fit.
Savings and transitional 29.
All assignments of numbers made before the date of coming into operation of these Regulations shall be deemed to have been made under these
Regulations.
An assignment fee in respect of an assignment made before the date of coming into operation of these Regulations shall be payable within a period of twelve months from the date of coming into operation of these Regulations.
Any certificate, approval or act issued, given or done before the date of coming into operation of these Regulations shall be valid and effective as if it was issued, given or done under these Regulations, in so far as they are consistent with the
Act and these Regulations and shall be deemed to have been issued, given or done under these Regulations.
40
Made 25 August 2016
[KKMM.600-1/4/21(2); PN(PU2)601/XII]
DATO' SERI DR. SALLEH SAID KERUAK
Minister of Communications and Multimedia