Seksyen 23
Rekod pengeluaran nombor
of Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Penomboran) 2016
(1)
Seseorang pemegang penguntukan hendaklah menyimpan dan menyenggara rekod semua nombor yang dikeluarkan kepada pengguna akhirnya dan rekod itu hendaklah mengandungi perkara yang berikut:
(a)
perincian tentang nombor yang dikeluarkan;
(b)
nama pengguna akhir dengan nombor yang dikeluarkan;
(c)
alamat terkini pengguna akhir; dan
(d)
apa-apa perincian lain sebagaimana yang ditentukan oleh
Suruhanjaya.
(2)
Suruhanjaya boleh meminta seseorang pemegang penguntukan untuk mengemukakan rekod itu dalam apa-apa tempoh masa, dengan apa-apa cara dan bentuk yang dinyatakan oleh Suruhanjaya.
(3)
Jika rekod itu digunakan bagi maksud perkhidmatan direktori nasional,
Suruhanjaya boleh memasukkan rekod itu atau mana-mana bahagian daripada rekod itu yang dikemukakan oleh seseorang pemegang penguntukan ke dalam suatu pangkalan data bagi maksud untuk mewujudkan suatu perkhidmatan direktori nasional.
19