Skip to content

Seksyen 22

Penggantungan atau pembatalan pengeluaran nombor

of Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Penomboran) 2016

P.U. (A)In forceProvision 21 of 28
Seksyen 22

Seseorang pemegang penguntukan boleh menggantung atau membatalkan mana-mana pengeluaran nombor—

(a)

jika penggantungan atau pembatalan pengeluaran nombor itu diminta oleh pengguna akhir; atau

(b)

jika pengguna akhir telah melanggar syarat yang dikenakan oleh pemegang penguntukan bagi penggunaan nombor yang dikeluarkan itu.