Malaysia legislation
Section 29
of PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PENOMBORAN) 2016
Seksyen 29
Kecualian dan peralihan
(1)
Semua penguntukan nombor yang dibuat sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini hendaklah disifatkan telah dibuat di bawah Peraturan-Peraturan ini.
21
(2)
Fi penguntukan berkenaan dengan sesuatu penguntukan yang dibuat sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini hendaklah kena dibayar dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini.
(3)
Mana-mana perakuan, kelulusan atau tindakan yang dikeluarkan, diberikan atau diambil sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini adalah sah dan berkesan seolah-olah ia dikeluarkan, diberikan atau diambil di bawah
Peraturan-Peraturan ini, setakat yang ia selaras dengan Akta dan Peraturan-Peraturan ini dan disifatkan telah dikeluarkan, diberikan atau diambil di bawah
Peraturan-Peraturan ini.
Dibuat 25 Ogos 2016
[KKMM.600-1/4/21(2); PN(PU2)601/XII]
DATO' SERI DR. SALLEH SAID KERUAK
Menteri Komunikasi dan Multimedia
22
COMMUNICATIONS AND MULTIMEDIA ACT 1998
COMMUNICATIONS AND MULTIMEDIA (NUMBERING) REGULATIONS 2016