Malaysia legislation

Section 9

of PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA ANGKASA MALAYSIA 2024

Seksyen 9

(1)

Pemohon hendaklah mendapatkan insurans liabiliti pihak ketiga yang menyediakan perlindungan kepada mana-mana pihak yang tidak terlibat dalam aktiviti pelancaran sebagaimana yang dinyatakan dalam subperaturan (4).

(2)

Pemohon hendaklah mengemukakan kepada Lembaga—

(a)

salinan sijil insurans dalam masa tiga puluh hari sebelum pelancaran itu bermula; atau

(b)

sijil pembaharuan insurans sekurang-kurangnya tiga puluh hari sebelum tarikh habis tempohnya melainkan jika Lembaga bersetuju dengan tempoh masa yang berbeza.

(3)

Pemohon hendaklah memastikan semua polisi insurans dan dokumen lain yang perlu tersedia untuk pemeriksaan oleh Lembaga.

(4)

Amaun bagi liabiliti insurans pihak ketiga hendaklah ditentukan oleh Lembaga.

(5)

Dalam Bahagian ini, pihak ketiga ertinya mana-mana orang selain—

(a)

pemegang permit, kontraktor atau subkontraktor pemegang permit yang terlibat dalam aktiviti yang dibenarkan;

(b)

pelanggan, kontraktor atau subkontraktor pelanggan yang terlibat dalam aktiviti yang dibenarkan;

(c)

personel atau penumpang bagi muatan yang akan dilancarkan oleh pemegang permit;

P.U. (A) 456 9

(d)

pemegang lesen kemudahan pelancar, kontraktor atau subkontraktor pemegang lesen kemudahan pelancar yang terlibat dalam aktiviti yang dibenarkan;

(e)

Kerajaan, kakitangannya atau mana-mana agensi Kerajaan yang terlibat dalam aktiviti yang dibenarkan; dan

(f)

kontraktor atau subkontraktor Kerajaan yang terlibat dalam aktiviti yang dibenarkan.

Tempoh perlindungan insurans bagi aktiviti yang dibenarkan

Section 9 — PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA ANGKASA MALAYSIA 2024