Seksyen 10
Perlindungan insurans yang dikehendaki di bawah Bahagian ini hendaklah berkuat kuasa—
of Peraturan-Peraturan Lembaga Angkasa Malaysia 2024
P.U. (A)In forceProvision 10 of 13
Seksyen 10
(a)
sehingga penyempurnaan aktiviti yang dibenarkan di suatu kemudahan pelancar; dan
(b)
bagi pelancaran tanpa niat untuk kemasukan semula, dalam tempoh tiga puluh hari selepas pemisahan muatan atau cubaan pemisahan muatan dalam hal keadaan berlaku suatu anomali pemisahan muatan; atau
(c)
bagi pelancaran dengan niat untuk kemasukan semula, tiga puluh hari mulai penerbangan kemasukan semula itu.