Skip to content

Seksyen 21

Pemberitahuan perubahan maklumat yang diberikan

of Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (Pelesenan Kenaf dan Keluaran Kenaf) 2011

P.U. (A)In forceProvision 22 of 39
Seksyen 21

(1)

Seseorang pemegang lesen hendaklah memberitahu Lembaga secara bertulis mengenai apa-apa perubahan dalam apa-apa maklumat yang diberikan kepada

Lembaga, selain perubahan alamat dalam masa empat belas hari bekerja berlakunya perubahan itu.

15

(2)

Jika apa-apa perubahan berlaku pada perkongsian, mana-mana pekongsi yang masih tinggal hendaklah memberitahu Lembaga secara bertulis mengenai apa-apa perubahan dalam masa empat belas hari bekerja berlakunya perubahan itu.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar peraturan ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.