Seksyen 19
Penyerahan lesen
of Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (Pelesenan Kenaf dan Keluaran Kenaf) 2011
P.U. (A)In forceProvision 20 of 39
Seksyen 19
(1)
Seseorang pemegang lesen boleh menyerah lesennya dengan mengemukakannya kepada Lembaga berserta notis bertulis mengenai penyerahan itu.
(2)
Penyerahan itu hendaklah berkuat kuasa pada tarikh Lembaga menerima lesen dan notis itu atau pada tarikh terkemudian yang dinyatakan dalam notis itu.
(3)
Seseorang pemegang lesen tidak dibenarkan untuk menarik balik penyerahan lesen itu melainkan jika penyerahan itu dinyatakan untuk berkuat kuasa pada tarikh terkemudian dan sebelum tarikh itu Lembaga melalui notis membenarkan penyerahan itu ditarik balik.
14