Skip to content

Seksyen 25

Penggantian lesen

of Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (Pelesenan Tembakau dan Keluaran Tembakau) 2011

P.U. (A)In forceProvision 25 of 41
Seksyen 25

(1)

Seseorang pemegang lesen boleh memohon secara bertulis kepada

Lembaga bagi menggantikan lesen yang telah hilang berserta fi yang ditetapkan.

(2)

Suatu permohonan hendaklah disertakan dengan laporan polis oleh pemegang lesen yang menyatakan bahawa lesen yang telah dikeluarkan kepada pemegang lesen itu telah hilang.

(3)

Lembaga boleh mengeluarkan lesen pengganti kepada pemegang lesen jika Lembaga berpuas hati bahawa salinan asal telah hilang.