Seksyen 25
Penggantian lesen
P.U. (A)In forceProvision 25 of 41
Seksyen 25
(1)
Seseorang pemegang lesen boleh memohon secara bertulis kepada
Lembaga bagi menggantikan lesen yang telah hilang berserta fi yang ditetapkan.
(2)
Suatu permohonan hendaklah disertakan dengan laporan polis oleh pemegang lesen yang menyatakan bahawa lesen yang telah dikeluarkan kepada pemegang lesen itu telah hilang.
(3)
Lembaga boleh mengeluarkan lesen pengganti kepada pemegang lesen jika Lembaga berpuas hati bahawa salinan asal telah hilang.