Malaysia legislation

Section 27

of PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA (PELESENAN TEMBAKAU DAN KELUARAN TEMBAKAU) 2011

Seksyen 27

(1)

Seseorang yang terkilan dengan keputusan Lembaga boleh merayu kepada Menteri secara bertulis berserta fi yang ditetapkan.

(2)

Menteri boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa bagi tujuan mendengar rayuan dan menasihati Menteri mengenai penentuan yang sewajarnya dibuat terhadap rayuan itu.

(3)

Tiada anggota Lembaga boleh dilantik dalam jawatankuasa itu.

(4)

Anggota jawatankuasa itu boleh dibayar elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

(5)

Menteri tidak terikat untuk menerima nasihat jawatankuasa tetapi boleh setelah mempertimbangkan mana-mana rayuan dan nasihat jawatankuasa membuat penentuan terhadap rayuan itu sebagaimana yang Menteri fikir adil dan sesuai.

(6)

Jika

Menteri membenarkan suatu rayuan terhadap keputusan membatalkan lesen oleh Lembaga, kesahan lesen hendaklah dilanjutkan kepada suatu tempoh yang bersepadan dengan tempoh pembatalan, dan pelanjutan itu hendaklah direkodkan di dalam lesen.

P.U. (A) 199 18

Larangan permohonan yang sama sebelum penentuan rayuan

Section 27 — PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA (PELESENAN TEMBAKAU DAN KELUARAN TEMBAKAU) 2011