Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Butir lanjut dan temuduga
(1)
Apabila menerima suatu permohonan bagi suatu lesen, Lembaga boleh, jika ia menghendaki selanjutnya butir, maklumat atau dokumen lain untuk membolehkan Lembaga menimbangkan permohonan itu dengan adil, menghendaki pemohon itu memberi butir, maklumat atau dokumen itu atau hadir di hadapan
Lembaga atau mana-mana jawatankuasa atau pegawainya untuk ditemuduga.
(2)
Dalam keadaan kehadiran pemohon adalah dikehendaki oleh Lembaga, pemohon itu boleh hadir dengan sendiri atau melalui seseorang yang diberi kuasa secara bertulis untuk hadir bagi pihak pemohon itu.
Pemberian kelulusan bagi permohonan lesen