Seksyen 10
Pematuhan syarat dan sekatan yang dikenakan ke atas lesen
of Peraturan–Peraturan Lembaga Koko Malaysia 2012
P.U. (A)In forceProvision 9 of 25
Seksyen 10
(1)
Tiada seseorang pun boleh melanggar syarat dan sekatan yang dikenakan ke atas lesen oleh Lembaga.
(2)
Lembaga boleh pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa sebab mengubah, menambah, memotong atau selainnya meminda syarat dan sekatan yang dikenakan ke atas lesen itu.
(3)
Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.