Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(1)
Setelah kelulusan suatu permohonan yang dibuat di bawah peraturan 6,
Lembaga hendaklah menyebabkan suatu notis dihantar kepada pemohon memaklumkannya mengenai kelulusan itu, dan syarat dan sekatan yang Lembaga telah putuskan untuk dikenakan ke atas lesen itu berserta dengan keperluan untuk mengemukakan bayaran fi bagi lesen itu sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual
Pertama.
(2)
Setelah fi di bawah subperaturan (1) diterima, Lembaga hendaklah mengeluarkan kepada pemegang lesen, lesen yang sepatutnya, tertakluk kepada syarat dan sekatan yang boleh dikenakan oleh Lembaga.
(3)
Lesen yang dikeluarkan oleh Lembaga di bawah subperaturan (2)
hendaklah ditandatangani oleh Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai lain yang diberi kuasa secara bertulis oleh Lembaga.
P.U. (A) 41 9
Tempoh sah lesen