Skip to content

Seksyen 8

Jawatankuasa Tatatertib boleh menghendaki penyiasatan dijalankan

of Peraturan-Peraturan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (Jawatankuasa Tatatertib dan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib) 2023

P.U. (A)In forceProvision 8 of 18
Seksyen 8

(1)

Sebelum membuat apa-apa keputusan tentang apa-apa perkara yang

Jawatankuasa Tatatertib itu dikehendaki untuk memutuskannya dalam mana-mana prosiding tatatertib, suatu

Jawatankuasa

Tatatertib boleh menyebabkan suatu penyiasatan dijalankan oleh suatu jawatankuasa penyiasatan bagi maksud mendapatkan penerangan, penjelasan atau cadangan berkenaan dengan perkara itu.

P.U. (A) 248 6

(2)

Suatu jawatankuasa penyiasatan hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya dua orang anggota Lembaga atau pekerja Lembaga yang dilantik oleh Jawatankuasa Tatatertib itu.

(3)

Tatacara penyiasatan yang diperuntukkan berkenaan dengan

Jawatankuasa Penyiasatan di bawah Peraturan-Peraturan Tatatertib Lembaga

Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2023 hendaklah terpakai bagi suatu jawatankuasa penyiasatan yang menjalankan penyiasatan di bawah peraturan ini.