Seksyen 5
Pelantikan anggota ganti
P.U. (A)In forceProvision 5 of 18
Seksyen 5
(1)
Lembaga boleh, atas sebab yang hendaklah direkodkan, melantik mana-mana anggota Lembaga atau pekerja Lembaga untuk bersidang sebagai
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib atau anggota
Jawatankuasa Tatatertib bagi menggantikan Pengerusi atau anggota yang dinyatakan dalam ruang keempat Jadual dalam mana-mana prosiding tatatertib terhadap seorang pekerja.
(2)
Anggota Lembaga atau pekerja Lembaga yang dilantik di bawah subperaturan (1) hendaklah berpangkat lebih tinggi daripada pekerja yang menjadi subjek prosiding tatatertib itu.