Malaysia legislation
Section 12
of PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 2023
Seksyen 12
(1)
Seseorang pekerja hendaklah, apabila dilantik ke perkhidmatan Lembaga, atau pada bila-bila masa selepas itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga, mengisytiharkan secara bertulis kepada Ketua Pegawai Eksekutif, segala harta yang dipunyai olehnya atau oleh pasangannya atau anaknya atau yang dipegang oleh mana-mana orang bagi pihaknya atau bagi pihak pasangannya atau anaknya.
(2)
Seseorang pekerja yang tidak mempunyai apa-apa harta atau yang pasangannya atau anaknya tidak mempunyai apa-apa harta hendaklah membuat suatu perisytiharan secara bertulis yang menyatakan sedemikian.
(3)
Jika selepas membuat suatu perisytiharan di bawah subperaturan (1)
atau (2), seseorang pekerja atau pasangannya atau anaknya memperoleh apa-apa harta, sama ada secara langsung atau tidak langsung, atau apa-apa harta yang telah diperoleh olehnya atau oleh pasangannya atau anaknya dilupuskan, pekerja itu hendaklah dengan segera mengisytiharkan pemerolehan atau pelupusan harta itu kepada
Ketua Pegawai Eksekutif.
P.U. (A) 247 16
(4)
Jika seseorang pekerja atau pasangannya atau anaknya bercadang hendak memperoleh apa-apa harta, dan pemerolehan itu tidak selaras dengan peraturan 5, pemerolehan itu tidak boleh dibuat tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis
Ketua Pegawai Eksekutif.
(5)
Dalam memutuskan sama ada atau tidak untuk memberikan kebenaran di bawah subperaturan (4), Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mengambil kira perkara yang berikut:
(a)
saiz, amaun atau nilai harta itu berbanding dengan emolumen pekerja itu dan apa-apa pendapatan persendirian yang sah;
(b)
sama ada pemerolehan atau pemegangan harta itu akan atau mungkin bercanggah dengan kepentingan Lembaga atau dengan kedudukan pekerja itu sebagai seorang pekerja Lembaga atau dengan apa-apa cara menjadi tidak selaras dengan peraturan 5; dan
(c)
apa-apa faktor lain yang dianggap perlu oleh Ketua Pegawai
Eksekutif untuk menjaga keutuhan dan kecekapan Lembaga dan pekerja Lembaga.
(6)
Ketua
Pegawai
Eksekutif hendaklah, jika dia berpuas hati dengan perisytiharan harta yang dibuat oleh pekerja itu, mengarahkan Ketua Jabatan
Sumber Manusia supaya mencatatkan dalam Rekod Perkhidmatan pekerja itu bahawa perisytiharan itu telah dibuat.
(7)
Perisytiharan yang dibuat di bawah subperaturan (1) hendaklah diklasifikasikan sebagai rahsia dan tiap-tiap orang yang memperoleh maklumat di bawah peraturan ini tentang apa-apa perisytiharan sedemikian hendaklah menyimpan kerahsiaannya.
P.U. (A) 247 17
(8)
Bagi maksud peraturan ini, "harta" ertinya apa-apa harta, sama ada harta alih atau tidak alih, yang pekerja itu dikehendaki dari semasa ke semasa oleh
Lembaga supaya mengisytiharkannya, iaitu harta yang telah diperoleh oleh pekerja itu melalui pembelian, pemberian, pewarisan atau cara lain, dan termasuklah harta yang diperoleh atau dipegang oleh pasangan atau anak pekerja itu.
Menyenggara taraf kehidupan yang melebihi emolumen dan pendapatan persendirian yang sah