Seksyen 11
Keraian
of Peraturan-Peraturan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 2023
P.U. (A)In forceProvision 11 of 22
Seksyen 11
Seseorang pekerja boleh memberi kepada atau menerima daripada mana-mana orang apa-apa jenis keraian jika—
(a)
keraian itu tidak dalam apa-apa cara mempengaruhi pelaksanaan tugasnya sebagai seorang pekerja Lembaga untuk kepentingan orang itu;
dan
(b)
pemberian atau penerimaan keraian itu tidak dalam apa-apa cara menjadi tidak selaras dengan peraturan 5.