Malaysia legislation
Section 14
of PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 2023
Seksyen 14
(1)
Tiada pekerja boleh meminjam wang daripada mana-mana orang atau menjadi penjamin kepada mana-mana peminjam, atau dengan apa-apa cara meletakkan dirinya di bawah suatu obligasi kewangan kepada mana-mana orang—
(a)
yang secara langsung atau tidak langsung tertakluk kepada kuasa rasminya;
(b)
yang dengannya pekerja itu ada atau mungkin ada urusan rasmi;
(c)
yang tinggal atau memiliki tanah atau menjalankan perniagaan di dalam kawasan tempatan tempat dia mempunyai kuasa rasmi;
atau
(d)
yang menjalankan perniagaan pemberian pinjaman wang.
(2)
Walau apa pun subperaturan
(1)
, seseorang pekerja boleh meminjam wang daripada atau menjadi penjamin kepada mana-mana orang yang meminjam wang daripada mana-mana institusi kewangan, penanggung insurans atau koperasi, atau menanggung hutang dengan cara pemerolehan barang melalui perjanjian sewa beli, jika—
(a)
institusi kewangan, penanggung insurans atau koperasi yang daripadanya pekerja itu meminjam tidaklah secara langsung tertakluk kepada kuasa rasminya;
P.U. (A) 247 19
(b)
peminjaman itu tidak dan tidak akan membawa kepada skandal awam dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu penyalahgunaan oleh pekerja itu yang kedudukannya sebagai seorang pekerja
Lembaga untuk faedah peribadinya; dan
(c)
agregat hutangnya tidak atau tidak mungkin menyebabkan pekerja itu berada dalam keterhutangan kewangan yang serius.
(3)
Tertakluk kepada subperaturan (2), seseorang pekerja boleh menanggung hutang yang berbangkit daripada—
(a)
jumlah wang yang dipinjam atas cagaran tanah yang digadaikan atau digadai janjikan, jika jumlah wang yang dipinjam itu tidak melebihi nilai tanah itu;
(b)
overdraf atau kemudahan kredit lain yang diluluskan oleh institusi kewangan;
(c)
jumlah wang yang dipinjam daripada penanggung insurans atas cagaran polisi insurans;
(d)
jumlah wang yang dipinjam daripada Kerajaan, Lembaga atau mana-mana koperasi; atau
(e)
jumlah wang yang kena dibayar atas barang yang diperoleh melalui perjanjian sewa beli.
Keterhutangan kewangan yang serius