Malaysia legislation

Section 12

of PERATURAN-PERATURAN LEVI PELEPASAN 2019

Seksyen 12

(2)

Jika suatu dokumen dikehendaki untuk dicap, ditandatangani atau dimeterai di bawah Akta difailkan, dikemukakan atau dihantar secara elektronik melalui perkhidmatan elektronik, kehendak bagi pengakusaksian cap, tandatangan atau meterai adalah tidak terpakai.

(3)

Mana-mana orang yang diberi kuasa secara spesifik oleh pengguna berdaftar boleh membuat dan menghantar apa-apa notis elektronik bagi pihak pengguna berdaftar itu melalui perkhidmatan elektronik.

(4)

Jika apa-apa notis elektronik dibuat dan dihantar bagi pihak mana-mana pengguna berdaftar di bawah subperaturan (3), notis itu hendaklah disifatkan telah dibuat dan dihantar dengan kuasa pengguna berdaftar itu dan pengguna berdaftar itu hendaklah disifatkan sebagai mempunyai pengetahuan tentang semua perkara di dalamnya.

P.U. (A) 215 10

(5)

Jika suatu notis elektronik dihantar kepada Ketua Pengarah menggunakan kod pengesahan yang diberikan kepada pengguna berdaftar—

(a)

dengan atau tanpa kuasa orang berdaftar; dan

(b)

sebelum pemberitahuan kepada Ketua Pengarah untuk pembatalan pengesahan, notis itu hendaklah, bagi maksud Akta, dianggap telah dibuat oleh pengguna berdaftar itu melainkan dia boleh mengemukakan keterangan yang berlawanan.

(6)

Ketua Pengarah boleh, bagi maksud perkhidmatan elektronik, meluluskan penggunaan apa-apa lambang, kod, singkatan atau tatatanda untuk mewakili apa-apa butir atau maklumat yang dikehendaki di bawah Akta.

(7)

Jika suatu notis elektronik dibuat dan dihantar oleh pengguna berdaftar kepada Ketua Pengarah di bawah Akta yang tidak mematuhi apa-apa kehendak Bahagian ini, notis elektronik itu hendaklah tidak boleh disifatkan telah dibuat dan dihantar kepada

Ketua Pengarah oleh pengguna berdaftar itu dan Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai kastam yang diberi kuasa olehnya, boleh menyampaikan suatu notis kepada pengguna berdaftar itu yang menunjukkan ketidakpatuhan kehendak itu.

Pembetulan kesilapan notis elektronik