Skip to content

Seksyen 14

Penamatan penyediaan perkhidmatan elektronik kepada pengguna berdaftar

of Peraturan-Peraturan Levi Pelepasan 2019

P.U. (A)In forceProvision 14 of 18
Seksyen 14

Ketua Pengarah boleh, pada bila-bila masa melalui notis kepada pengguna berdaftar, menamatkan penyediaan perkhidmatan elektronik kepada pengguna berdaftar itu jika pengguna berdaftar itu—

(a)

tidak mematuhi apa-apa terma dan syarat yang dikenakan oleh

Ketua Pengarah;

(b)

melanggar apa-apa peraturan dalam Bahagian ini; atau

(c)

memberitahu kepada Ketua Pengarah untuk membatalkan kod pengesahan dan akaun perkhidmatan elektronik yang diberikan kepadanya.