Malaysia legislation

Section 16

of PERATURAN-PERATURAN LEVI PELEPASAN 2019

Seksyen 16

Waktu pejabat dan pembayaran

(a)

bagi Negeri Melaka, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Sarawak dan Sabah yang hari kelepasan mingguan ialah Sabtu dan Ahad, waktu itu adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari Isnin hingga Jumaat; dan

P.U. (A) 215 12

(b)

bagi Negeri Johor dan Kedah yang hari kelepasan mingguan ialah Jumaat dan Sabtu, waktu itu adalah—

(i)

dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari Ahad hingga Rabu;

dan

(ii)

dari jam 8.00 pagi hingga 3.30 petang pada hari Khamis.

(2)

Bagi maksud penerimaan penyata, dan pembayaran levi pelepasan atau penalti, melalui perkhidmatan elektronik waktu biasa adalah dari jam 7.30 pagi hingga 11.30 malam pada mana-mana hari dalam minggu itu.

(3)

Pejabat pentadbiran levi pelepasan hendaklah ditutup—

(a)

pada hari kelepasan mingguan;

(b)

pada setiap hari yang ditetapkan sebagai hari kelepasan am

Persekutuan; dan

(c)

pada setiap hari yang ditetapkan sebagai hari kelepasan am Negeri bagi

Negeri-Negeri.

(4)

Tertakluk kepada subperaturan (3), jika—

(a)

mana-mana dua atau semua hari yang dinyatakan dalam perenggan 3(a), (b) dan (c) jatuh pada hari yang sama, pejabat itu akan ditutup pada hari berikutnya dan jika hari kemudian itu ialah hari yang dinyatakan dalam perenggan 3(a), (b) dan (c), pejabat itu hendaklah ditutup pada hari yang berikutnya; dan

P.U. (A) 215 13

(b)

jika tarikh suatu hari kelepasan yang diisytiharkan di bawah

Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], atau mana-mana undang-undang lain yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan perisytiharan hari kelepasan am adalah tertakluk kepada ubah suaian, tarikh hari kelepasan itu hendaklah, bagi maksud peraturan ini, tidak tertakluk kepada ubah suaian itu.

Section 16 — PERATURAN-PERATURAN LEVI PELEPASAN 2019