Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
Perenggan 386A(1)(d) Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “384” dengan perkataan “384B”.
P.U. (A) 345 14
Pindaan peraturan 387 25.
Peraturan 387 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan subperaturan (2) dengan subperaturan yang berikut:
“(2)
Syandi boleh mengandungi bahan perisa yang dibenarkan.”;
(b)
dengan memasukkan selepas subperaturan (2) subperaturan yang berikut:
“(2A) Standard am bagi minuman beralkohol yang dinyatakan dalam subperaturan 361(2), (2A), (3), (4), (5), (5A), (7) dan (8) hendaklah terpakai bagi syandi.”; dan
(c)
dengan menggantikan subperaturan (3) dengan subperaturan yang berikut:
“(3)
Suatu bungkusan yang mengandungi syandi hendaklah dilabel dengan perkataan “syandi”.”.
Pindaan Jadual Keenam 26.
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dalam Jadual Keenam, dalam Daftar I, dengan memotong butiran “Wain, wain koktel, wain berudara, dry wine, wain manis, wain buah tidak termasuk sider dan peri, wain sayur, wain madu, wain beras dan todi”
dan butir-butir yang berhubungan dengannya.
Pindaan Jadual Kesepuluh 27.
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dalam Jadual Kesepuluh, dalam Daftar I, dengan memotong butiran “Wain” dan butir-butir yang berhubungan dengannya.
Pindaan Jadual Kesebelas 28.
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dalam Jadual Kesebelas, dalam Daftar II—
P.U. (A) 345 15
(a)
dengan memotong butiran “Bir” dan butir-butir yang berhubungan dengannya; dan
(b)
dengan memotong butiran “Wain, wain berudara, dry wine, wain manis, wain buah, wain sayur dan wain madu” dan butir-butir yang berhubungan dengannya.
Dibuat 23 September 2025
[KKM.600-1/1/35;PN(PU2)418/JLD.30]
DATUK SERI DR. HAJI DZULKEFLY BIN AHMAD
Menteri Kesihatan
P.U. (A) 345 16
FOOD ACT 1983
FOOD (AMENDMENT) (NO. 3) REGULATIONS 2025