Seksyen 384B
of Peraturan-Peraturan Makanan (Pindaan) (No. 3) 2025
Seksyen 384B
(1)
Mezcal hendaklah minuman spirit yang dihasilkan daripada 100 peratus mana-mana spesies Agave.
(2)
Mezcal hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 35 peratus dan tidak lebih daripada 55 peratus isi padu bagi setiap isi padu alkohol.
(3)
Suatu bungkusan yang mengandungi Mezcal hendaklah dilabelkan mengikut kelas atau kategori yang diberikan kepada Mezcal itu di negara yang Mezcal itu dihasilkan.”.
Pindaan peraturan 386 23.
Peraturan 386 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a)
dalam subperaturan (1)—
(i)
dengan memasukkan selepas perkataan “bahan-bahan sayuran tak berbahaya itu”
perkataan
“dan hendaklah termasuk sloe gin”; dan
(ii)
dengan menggantikan perkataan
“17
peratus”
dengan perkataan “15 peratus”; dan
(b)
dalam subperaturan (2), dengan memotong perkataan “bahan pewarna yang dibenarkan dan”.
Pindaan peraturan 386A